Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rasuah: Bekas pekerja FairPrice dijel 38 bulan

Apr 11, 2023 | 05:30 AM



SEORANG bekas ketua kumpulan di FairPrice yang bersubahat de-ngan seorang rakan sekerjanya ketika itu untuk mendapatkan rasuah $523,000 daripada beberapa pembekal dihukum penjara tiga tahun dan dua bulan pada Isnin.



See Hock Lam, 70 tahun, juga diperintah membayar penalti sebanyak $261,500. Tempoh penjaranya akan dilanjutkan selama 523 hari jika dia gagal berbuat demikian.



Terdahulu, See mengaku bersalah bagi 10 tuduhan rasuah, lapor The Straits Times.



Rakan subahatnya, Lim Kian Kok, 48 tahun, seorang ketua kumpulan kanan di FairPrice, dihukum penjara empat tahun dan lima bulan pada 31 Mac selepas dia mengaku bersalah bagi 12 tuduhan rasuah.



Lim juga diperintah membayar penalti hampir $290,000. Dia akan menjalani tambahan 580 hari jika tidak membayar penalti itu.



Dua lelaki itu, yang melakukan kesalahan tersebut antara 2013 dengan 2020, membahagikan keuntungan haram mereka itu secara seimbang. Setiap daripada mereka mengambil $261,500.



Antara kesalahan mereka ialah melakukan tempahan besar ikan dan makanan laut daripada pembekal yang memberi rasuah kepada mereka.



Dalam perbicaraan terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Pei Wei menyatakan: "Ini menyebabkan kerugian yang boleh berlaku ke atas ... FairPrice dan/atau pelanggannya kerana barang ... yang dibeli itu mungkin bukan pilihan terbaik yang terdapat pada masa itu.



"Sebagai pengendali pasar raya terbesar negara ini, (FairPrice) menyediakan perkhidmatan kepada sektor besar populasi Singapura, dan kesan kesalahan rasuah sebegini boleh dirasakan banyak pihak."



Lim, yang juga dikenali sebagai Andrew, menyertai FairPrice pada 2007 dan menyelia operasi pembelian di Pelabuhan Perikanan Jurong apabila beliau menjadi ketua pasukan kanan pada 2013.



Dia mempunyai budi bicara untuk menentukan daripada pembekal mana yang hendak dibeli dan berapa banyak pada 2013.



Pesalah lain yang dikaitkan dengan pembekal terbabit telah dihadapkan di mahkamah sebelum ini.



Mereka termasuk Ngow Chun Siong, 44 tahun, yang ketika itu bekerja bagi Fish Vision Agro-tech, dan Heah Han Huat, 65 tahun, pemilik Ocean Trust Trading.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >