Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Raya lebih ceria bagi 2,650 keluarga dengan agihan bahan makanan

Apr 16, 2023 | 06:33 PM



SERAMAI 2,650 menerima sumbangan daging mentah dan bahan makanan lain untuk disajikan sebagai hidangan Hari Raya menjelang Syawal ini.


Jumlah ini adalah peningkatan ketara berbanding 2,000 pek yang diagihkan pada 2021 dan 2022.


Sumbangan pek makanan tahunan ‘Meat-for-Eid’ ini diagihkan oleh Jamiyah serta kerjasama mereka dengan pelbagai pertubuhan akar umbi (GRO) dalam membantu menyebarkan semangat perayaan bagi mereka yang lebih memerlukan pada dua hujung minggu bermula 8 April dan berakhir 16 April.


Setiap pek Hari Raya mengandungi satu kilogram beras basmati, dua kilogram daging kambing atau lembu, dua ekor ayam, pes rendang, ketupat (lontong tradisional Melayu), kurma dan serondeng.


Daripada 2,650 keluarga ini, 800 adalah benefisiari Jamiyah, manakala baki 1,850 keluarga adalah benefisiari daripada 15 kawasan undi di serata Singapura.


Pengagihan tersebut diadakan di 10 GRC dan 2 SMC iaitu GRC East Coast, GRC Jurong, GRC Sembawang, GRC Choa Chu Kang, GRC Jalan Besar, GRC Tampines, GRC West Coast, GRC Marsiling-Yew Tee, GRC Marine Parade,GRC Nee Soon, SMC Radin Mas dan SMC Bukit Batok.


Mengagihkan sebanyak 110 pek Hari Raya di GRC Nee Soon ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >