Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Rayuan pengedar dadah M'sia cabar hukuman mati ditolak

Mar 30, 2022 | 05:30 AM



MAHKAMAH Rayuan menolak percubaan pengedar dadah Malaysia Nagaentran K. Dharmalingam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar hukuman matinya semalam.



Hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Nagaenthran nampaknya akan diteruskan setelah mahkamah lima hakim turut menolak permintaannya untuk menangguhkan hukuman tersebut sementara dia mencari panel pakar psikiatri bagi menilainya.



Menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Besar Sundaresh Menon berkata kes yang dibangkitkan Nagaenthran "tidak berasas dan tanpa merit dari segi fakta dan undang-undang".



Peguam Nagaenthran, Cik Violet Netto, berhujah pada 1 Mac bahawa lelaki berusia 33 tahun itu "tidak kompeten" untuk dihukum mati, sambil mendakwa dia cacat akal. Hakim Besar Menon berkata tiada bukti boleh diterima yang menunjukkan sebarang kemerosotan dalam keadaan mental Nagaentran, lapor The Straits Times.



Satu-satunya bukti ialah afidavit bekas peguam Nagaentran, M. Ravi, yang membuat spekulasi di mempunyai usia akal seorang di bawah umur 18 tahun. Hakim Besar Menon antara lain menegaskan peguam Nagaenthran membantah laporan psikiatri dan perubatan berkaitan pemeriksaan berjadualnya diterima sebagai bukti bagi mahkamah.



Beliau juga berkata Nagaenthran diberi proses sewajarnya di bawah undang-undang, dan dia tidak boleh mencabar hasil proses itu apabila dia tidak mengemukakan apa-apa bagi mencadangkan dia mempunyai kes untuk dipertimbang.



"Dalam penghakiman kami, prosiding ini satu penyalahgunaan proses mahkamah terang-terangan dan teruk. Ia dijalankan seolah-olah bagi menangguhkan secara tidak wajar pelaksanaan hukuman yang dijatuhkan ke atas perayu," katanya.



Nagaenthran ditangkap dengan dadah heroin diikat pada pahanya pada 2009 ketika berusia 21 tahun. Dia didapati bersalah mengedar 42.72 gram heroin pada 2010 dan dijatuhi hukuman mati.



Rayuannya terhadap sabitan dan hukumannya ditolak pada 2011.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >