REBAT bagi cukai pendapatan untuk pembayar cukai telah diperkenalkan tahun ini, umum Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa Belanjawan 2017 hari ini.
Rebat itu, yang ditetapkan pada kadar 20 peratus cukai yang perlu dibayar untuk pendapatan yang diraih pada 2016, bagaimanapun dihadkan pada $500.
"Ini akan memberi isi rumah satu pengurangan dalam bil cukai mereka tahun ini," kata Encik Heng.
Kos bagi rebat ini adalah $385 juta yang ditanggung Pemerintah.
Pengumuman ini dibuat Encik Heng selepas mengumumkan pelbagai langkah sokongan bagi membantu isi rumah dalam perbelanjaan mereka.
Ini termasuklah pemberian sekali sahaja bayaran tunai istimewa baucar GST sehingga $200, kenaikan kekal mengikut jumlah dari $40 hingga $120 bagi baucar GST untuk rebat U-Save dan peningkatan bagi kadar bayaran untuk perkhidmatan dan penyenggaraan.