Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RANCANA MAJLIS BELIA KEBANGSAAN (NYC)

Rebut peluang, realisasikan impian di sebalik pandemik

Feb 07, 2022 | 05:30 AM



BELIA di Singapura digesa untuk merebut peluang dan merealisasikan impian mereka walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19.



Berbekalkan keinginan dan keberanian, golongan belia seharusnya merebut inisiatif supaya mereka boleh mentakrifkan semula kejayaan dan masa depan mereka biarpun dalam keadaan pandemik.



"Hasrat kami adalah agar golongan muda mempunyai lebih banyak pengaruh/ inisiatif dan keberanian. Tingkatkan diri, tidak perlu tunggu pemerintah untuk beritahu anda untuk melakukan sesuatu.



"Lakukan sahaja dan fikir semula, takrifkan semula kejayaan dan masa depan anda. Rebut inisiatif dan jangan biarkan Covid-19 menjadi penghalang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Belia Kebangsaan (NYC), Encik David Chua.



Belia hari ini mempunyai kepelbagaian aspirasi dan keperluan, dan NYC bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk memastikan golongan muda Singapura mempunyai peluang untuk membina kemahiran, mendalami semangat bermasyarakat dan membangun kecekalan perwatakan.



BIMBING BELIA CAPAI POTENSI



Lantaran itu, salah satu usaha utama NYC bagi memastikan agar warga muda Singapura, pada usia antara 15 tahun dengan 35 tahun, mencapai potensi sepenuh mereka adalah melalui program bimbingan.



NYC kini menerajui Mentoring Alliance for Action (Mentoring AfA), bersama Mentoring Alliance for Singapore (MASg), yang mempromosikan budaya bimbingan yang dilancarkan pada Mac 2021.



Sebanyak 185 persatuan dan pakar profesional dari sektor awam dan privet telah mengikrarkan sokongan dan minat mereka untuk terlibat sama dalam Mentoring AfA.



NYC bekerjasama dengan sektor awam untuk mengembangkan rangkaian bagi memastikan agar lebih ramai belia menjalani program bimbingan.



Kerjasama NYC bersama sektor privet memberi peluang kepada belia untuk mendapat pengetahuan industri, nasihat profesional dan bimbingan peribadi dari pakar profesional yang komited.



NYC juga telah bergabung dengan Kementerian Pendidikan, SkillsFuture Singapore dan GovTech untuk melancarkan aplikasi LifeSG buat belia menerokai hala tuju pendidikan dan kerjaya mereka.



Wadah interaktif ini memberikan peluang kepada pelajar dari sekolah menengah hingga ke universiti untuk membuat pilihan bermaklumat tentang apa yang mereka perlu belajar atau meraih pengalaman demi mencapai kerjaya idaman mereka.



KEPRIHATINAN BELIA



Dalam pada itu, NYC juga telah berbicara dengan belia tentang keprihatinan mereka terhadap beberapa isu yang pernah ditimbulkan di Pelan Tindakan Belia Singapura pada 2019, yang masih kekal relevan pada hari ini dalam dunia pascapandemik.



Semasa tempoh pandemik pada tahun 2020 dan 2021, NYC telah melibatkan melebihi 3,000 belia dalam dialog dan perbicaraan virtual pada 2020 dan 2021. Antara isu yang timbul termasuklah berkenaan persekitaran dan kemampanan, kesihatan mental serta pekerjaan dan masa depan.



Menerusi sesi penglibatan bersama para belia, NYC yang terlibat dengan pasukan kerja untuk Pelan Hijau SG mendapati bahawa para belia mahu prihatin dengan alam semula jadi, lebih terbuka pada tenaga lebih bersih dan berminat membina kelebihan bersaing Singapura dalam kemampanan bandar.



Berkenaan isu kesihatan mental, NYC mendapati bahawa sebanyak 87 peratus belia yang ditinjau melaporkan mereka mengalami sekurang-kurangnya gejala kemurungan, tekanan atau kebimbangan pada 2021.



NYC bekerjasama dengan agensi pemerintah, kumpulan belia, doktor dan klinik kaunseling antara lain untuk mengadakan perbicaraan terbuka tentang keadaan mental dan menyediakan pelbagai sumber untuk meningkatkan kesedaran dan mengatasi stigma kesihatan mental.



Selain isu kesihatan mental, golongan belia turut berasa risau berkenaan pekerjaan. NYC mendapati bahawa ramai kurang pasti tetapi mempunyai harapan terhadap prospek pekerjaan.



Untuk memastikan agar golongan belia dilengkapi dengan kemahiran digital yang diberi keutamaan semasa pandemik, NYC melakarkan YouthTech, satu program yang menawarkan latihan kemahiran teknologi, memberi penempatan latihan dan menganjurkan forum komuniti virtual untuk pembelajaran sosial dan membina rangkaian.



Kini, keadaan pandemik Covid-19 telah menyatukan rakyat Singapura, termasuk belia. NYC ingin terus menyatukan golongan belia dan memberi mereka peluang pada 2022.



LEBIH BANYAK PELUANG BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT



Golongan belia juga mempunyai lebih banyak peluang untuk menyumbang pada masyarakat. Badan sukarelawan belia, Pasukan Belia Singapura (Youth Corps Singapore) telah melakarkan peluang buat belia untuk menjadi sukarelawan dan kembali berbakti pada masyarakat, walaupun dengan langkah-langkah pengurusan selamat.



Pada 2022, Youth Corps mahu memberi tumpuan terhadap pembinaan keupayaan dan menyokong belia mempertingkatkan kemahiran serta mencipta peluang sukarelawan di Singapura.



Sebagai contoh, ada lebih banyak peluang buat pemimpin belia politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) berkhidmat untuk Program Latihan Amali Komuniti Youth Corps (YCCI).



"Niat utama NYC adalah supaya belia berinteraksi semula, berkhidmat, melangkah ke depan dan melakukan sesuatu yang mereka pakar atau minati buat anggota masyarakat.



"Mereka boleh melakukannya bersama Youth Corps, program NYC, program sekolah, rakan kongsi NYC dan sebagainya. Melalui perkongsian dengan persatuan, persatuan perkhidmatan sosial, kumpulan belia, Persatuan Rakyat dan pertubuhan bukan pemerintah (NGO), kami bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi dan mencipta pelbagai peluang," kata Encik Chua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >