Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Reka pakaian 'Tsum Tsum' Disney berdasar haiwan di River Safari

Jan 02, 2020 | 05:30 AM



BERJAM lamanya beliau akan luangkan semata-mata untuk bermain permainan 'Tsum Tsum' di telefon bimbitnya sejak di bangku sekolah menengah lagi.



Namun, Nur Rasyiqah Zil Husham, 19 tahun, tidak pernah jangka bahawa satu hari, beliau akan ditugaskan untuk mereka pakaian untuk 'Tsum Tsum' - versi empat segi watak kartun Disney - yang digemarinya ini.



Baru-baru ini, Rasyiqah diamanahkan untuk mereka pakaian untuk 'Tsum Tsum' berdasarkan binatang yang boleh didapati di River Safari termasuk panda merah, orangutan, dan ikan keli.



Ini merupakan sebahagian daripada program bekerja sambil belajar beliau di syarikat media dan hiburan, The Walt Disney Company (Asia Tenggara).



Ketika dihubungi Berita Harian, pelajar tahun akhir Politeknik Nanyang itu berkata:



"Bila saya dapat tahu saya dapat peluang untuk rekanya, saya agak terperanjat tetapi saya mahu buktikan yang saya mampu lakukannya.



"Salah satu memori paling baik adalah apabila saya lihat apa yang saya reka dalam komputer, menjadi kenyataan di luar sana. Saya rasa kerja keras saya berbaloi, lebih-lebih lagi apabila ia dipamerkan untuk dijual."



Namun, ia bukan proses yang mudah.



Beliau berkata:



"Saya perlu peka dengan ciri-ciri binatang berbeza. Dalam pada itu, saya perlu kerap berhubung dengan pasukan di River Safari untuk memastikan hasil kerja saya sama dengan jangkaan mereka."



Selain mereka pakaian, Rasyiqah juga perlu mereka barangan antaranya, keychain, kemeja T, tote bag, untuk kedai Disney Tsum Tsum River Escapade di River Safari yang dibuka hingga Ahad lalu.



Menurut Rasyiqah, pengalamannya bekerja sambil belajar amat menarik sekali sehinggakan beliau sanggup menambah satu bulan lagi, menjadikan tempoh program bekerja sambil belajarnya mencecah tujuh bulan secara keseluruhan.



Pada mulanya, Rasyiqah tidak sangka diberi peluang untuk bekerja dalam syarikat "terkenal" dan agak bimbang memandangkan beliau paling muda dalam pasukannya dan mempunyai pengalaman yang terhad.



"Namun saya memberitahu diri saya untuk tidak mengizinkan hal demikian menjadi penghalang untuk saya berikan yang terbaik. Peluang itu boleh diberikan kepada orang lain tetapi sebaliknya ia diberikan kepada saya.



"Kemahiran yang saya pelajari di sekolah, saya amalkan dalam kerja saya, dan memastikan saya melakukan yang terbaik," ujarnya yang mengambil jurusan Perhubungan Visual di Sekolah Reka Bentuk NYP.



Dalam pada itu, pasukan kreatif yang bekerjasama dengannya di dalam Jabatan Pengkomersialan Produk Pengguna Disney, banyak memberinya tunjuk ajar.



"Sebelum ini, saya tidak begitu tahu tentang industri pekerjaan, tetapi rakan kerja dan mereka di sekeliling saya membantu saya untuk lebih konfiden dalam meluahkan pemikiran dan pandangan saya," tambah anak ketiga dalam empat adik-beradik itu.



Beliau yang bercita-cita menjadi pereka berkata bahawa rancangannya setelah menggenggam diploma politeknik adalah untuk bekerja dulu supaya dapat mengumpul pengalaman, dan berharap dapat menempah tempat dalam universiti tempatan dalam bidang yang sama iaitu perhubungan visual.



"Bagi pereka yang masih muda, peluang bekerja sambil belajar di syarikat terkenal seperti Disney adalah peluang keemasan. Ini akan membuka lebih peluang bagi saya untuk mencapai cita-cita saya satu hari nanti," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >