Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan bantu bersihkan flat penduduk susah di Eunos

Oct 02, 2018 | 05:30 AM



SERAMAI 25 penduduk memerlukan di Blok 1, 2 dan 12 di Eunos Crescent telah meraih manfaat hasil daripada kerja-kerja "pembersihan" ke atas flat-flat mereka yang diadakan pada Ahad lalu.



Acara amal yang diberi nama 'Chong Aik International Wheels of Love 2018' itu anjuran Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat (CCC) Geylang Serai dengan Chong Aik International Private Limited serta 21 rakan masyarakat lain itu telah melibatkan kerja-kerja mengecat dan membersihkan flat-flat tersebut.



Ini termasuk bilik, dapur dan tandas mereka.



Selain itu para penghuni juga menerima barangan keperluan dan perkakas rumah, alat pengesan asap serta mangga jeriji pintu.



Dianggarkan lebih 300 peserta yang terdiri daripada penunggang motosikal serta pembonceng mereka yang merupakan anggota 16 kelab motosikal setempat telah turut serta dalam acara tersebut.



Semasa dihubungi, penasihat pertubuhan akar umbi Geylang Serai, Profesor Madya Fatimah Lateef, berkata acara tersebut turut melibatkan kaum Hawa serta kanak-kanak.



"Apa yang menarik ialah para peserta terdiri daripada semua lapisan usia.



"Malah kami juga ada kumpulan penunggang wanita yang menjadi peserta projek ini.



"Dengan tidak secara langsung, ia turut pertingkatkan kesedaran ramai mengenai menunggang dengan selamat," katanya.



Beliau menambah acara sedemikian akan berlangsung setiap tahun tapi akan dijalankan dengan cara yang berbeza, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >