Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan bantu keluarga banduan diiktiraf

Projek masyarakat Reben Kuning tampil hulur bantuan, kurangkan beban
Dec 16, 2020 | 05:30 AM



KETIKA anak lelakinya meringkuk di penjara setelah didapati bersalah menyebabkan kecederaan dan mencuri, Cik Yasmin, 70 tahun, telah menghabiskan hari-harinya seorang diri di rumah sewanya.



Cik Yasmin (bukan nama sebenar), yang tidak bekerja dan menghidap penyakit kencing manis terpaksa menguruskan kehidupannya sendiri - daripada mendapatkan barang dapur sehinggalah ulang-alik ke hospital bagi rawatannya.



Mujur, ada juga yang membantu dan mahu mengambil berat tentang keadaannya.



Sejak anaknya itu dipenjarakan, Cik Yasmin telah dibantu oleh sukarelawan Projek Masyarakat Reben Kuning (YRCP), Cik Sa'Adiah Abdul, 52 tahun, yang kadang-kadang datang menjenguknya di rumah untuk bertanya khabar.



Cik Sa'Adiah juga membantu beliau mendapatkan bantuan daripada skim-skim tersedia bagi golongan kurang bernasib baik sepertinya.



Cik Yasmin menerima baucar barangan dapur daripada YRCP, selain bantuan kewangan daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Pejabat Khidmat Sosial (SSO).



Bulan lalu, Cik Sa'Adiah merupakan antara sukarelawan YRCP yang telah diiktiraf semasa majlis Anugerah dan Penghargaan YRCP 2020 atas sumbangan dan komitmen mereka menyokong keluarga pesalah.



Majlis tersebut diadakan secara dalam talian pada 28 November sempena sambutan ulang tahun ke-10 daya usaha tersebut.



Seramai 30 sukarelawan YRCP diberikan Anugerah Khidmat 10 Tahun bagi sumbangan mereka.



Turut menyertai majlis penyampaian anugerah tersebut, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dalam ucapannya berkata:



"Bagi pesalah dan keluarga mereka, pandemik (Covid-19) ini menambah cabaran yang mereka hadapi dan mereka memerlukan sokongan lebih kukuh untuk mengatasi keadaan ini.



"Dalam tempoh sukar ini, sukarelawan YRCP memainkan peranan lebih penting dalam menyokong pesalah dan keluarga mereka.



"Apabila lawatan ke rumah tidak dibenarkan awal tahun ini akibat langkah pengurusan selamat Covid-19, sukarelawan YRCP terus mengekalkan jalinan dengan keluarga pesalah menerusi panggilan telefon."



Memuji usaha mereka itu, Dr Faishal berkata sokongan kepada keluarga pesalah dari segi membantu mereka mengakses bantuan pemerintah dan masyarakat adalah "penting bagi menstabilkan keadaan keluarga dan mengurangkan gangguan lanjut kepada kehidupan harian mereka".



Dimulakan pada 2010 dengan hanya lapan divisyen, YRCP kini mempunyai 89 divisyen dengan lebih 1,200 sukarelawan.



Secara keseluruhan, lebih 15,000 keluarga dibantu sukarelawan akar umbi yang dilatih.



Keluarga-keluarga ini dibantu demi memberi mereka sokongan sosial, selain menghubungkan mereka dengan rangkaian sokongan lain bagi bantuan kewangan, sokongan keluarga serta apa sahaja keperluan kebajikan lain yang mungkin diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >