Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan Canberra Timur gotong-royong pasang bendera hiasan '57'

Jul 25, 2022 | 05:30 AM



SEMANGAT kejiranan penduduk di Canberra begitu menyerlah dengan relawan memasang dan menggantung bendera-bendera merah putih di antara blok 103B dengan 104B.



Sukarelawan daripada ahli Rangkaian Penduduk Canberra Timur Zon 1 memasang bendera Singapura sebesar sembilan meter lebar dan 11 meter panjang di antara dua jalan masuk di dua buah blok tersebut untuk membentuk nombor '57' - usia Singapura tahun ini.



Sejumlah 24 bendera digunakan untuk membentuk angka '57' dan ia itu digantung di tingkat lapan blok tersebut.



Encik Muhammad Rizwan Abdul Latif, 34 tahun, yang menerajui hiasan Hari Kebangsaan tahun ini di estet Canberra Timur, berkata:



"Kami memulakan perbincangan dan persiapan sebulan yang lalu. Ini termasuk aspek keselamatan, pesanan bendera dan idea hiasan, jika ia sesuai."



Seramai 10 sukarelawan memulakan pemasangan bendera itu sekitar 8.30 pagi semalam, yang mengambil masa tiga jam.



"Apabila kami memasang bendera tersebut, kami menghadapi cabaran akibat pokok besar yang menyebabkan bendera itu melendut," tambahnya,



Bagi sukurelawan Canberra itu, tahun ini begitu istimewa setelah dua tahun mereka tidak dapat membuat perhiasan Hari Kebangsaan akibat wabak Covid-19.



Ini dapat menaikkan semangat penduduk lain turun padang untuk sama-sama membantu memasang bendera.



Encik Rizwan begitu tersentuh apabila penduduk di kawasan rumahnya mengambil gambar dan menghargai hiasan yang dipasang itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >