Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Relawan veteran tak teragak-agak bantu keluarga pesalah

Sukarelawan melengkapi usaha pemulihan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dengan menyediakan program agama dan sekular berstruktur, serta sokongan integrasi semula apabila pesalah dibebaskan. Sejauh ini, SPS mempunyai sekitar 4,000 sukarelawan, termasuk sekitar 1,100 sukarelawan daripada Projek Masyarakat Reben Kuning yang merupakan relawan akar umbi mengunjungi keluarga pesalah untuk menghulurkan bantuan dan sokongan. SPS telah menggandakan ruang latihan bagi sukarelawan baru daripada 700 pada 2021 kepada lebih 1,400 pada 2022. Latihan ini ditumpukan kepada usaha kemahiran pendamping, kerja individu dan keluarga, penjagaan individu dan pengetahuan berkaitan pemulihan. BERITA HARIAN mewawancara dua sukarelawan mengenai pengalaman mereka.
Feb 18, 2023 | 05:30 AM



BERBEKALKAN pengalaman lebih 20 tahun dalam membantu masyarakat Melayu/Islam, Encik Abdul Wahab Ahmad telah menjadi aktivis Reben Kuning Singapura (YRSG) bagi Balai Rakyat Yew Tee selama lebih dua tahun.



Ketulusan dalam menjaga dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat, Encik Wahab prihatin terhadap keluarga yang mempunyai anggota yang dipenjarakan.



Antara lain, Encik Wahab juga bekerjasama dengan Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) sebagai relawan untuk melakukan lawatan ke rumah untuk memahami bantuan yang diperlukan keluarga-keluarga ini.



Bercakap kepada Berita Harian baru-baru ini, Encik Wahab berkata beliau mendapati sokongan keluarga amat penting supaya bekas pesalah dapat menyesuaikan semula bersama keluarga dan masyarakat.



Justeru itu, keluarga pesalah juga harus dijaga semasa menanti pesalah dibebaskan.



"Saya berasa prihatin terhadap keluarga pesalah kerana ramai antara mereka juga menghadapi masalah kewangan dan sebagainya apabila mempunyai anggota keluarga dalam penjara.



"Ada yang malu untuk bersuara ataupun mendapatkan bantuan. Jadi dengan program relawan ini, kami dapat dihubungkan dengan keluarga-keluarga sedemikian untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan," ujar Encik Wahab, 67 tahun.



Encik Wahab berkata minat dan semangatnya untuk menyumbang semula kepada masyarakat telah dipupuk sekian lama, dan apabila mendapat tahu mengenai program relawan untuk bantu keluarga sedemikian, beliau tidak teragak-agak untuk mendaftarkan diri.



Setiap relawan akan menjalani latihan oleh YRSG dan Sana.



"Latihan tersebut melengkapkan kami dengan pengetahuan asas dan juga langkah-langkah untuk membantu. Antaranya, kami diberikan set soalan untuk mengetahui keadaan mereka dan apakah yang diperlukan.



"Secara keseluruhan, latihan itu tidak susah kerana latihannya membimbing kami dengan secukupnya," kata Encik Wahab, yang telah melakukan 15 lawatan sejauh ini di bawah program relawan itu.



Salah satu lawatan yang beliau tidak dapat lupakan adalah pada 2021 apabila mengunjungi sebuah keluarga yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli susu bagi bayi berusia tiga bulan.



Suami kepada benefisiari itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan kini tinggal bersama keluarga mentuanya.



Setelah menemui dan memahami keadaan keluarga tersebut dengan lebih lanjut, Encik Wahab bersimpati dengan keluarga itu dan telah membantu membelikan susu tin dengan wangnya sendiri



"Saya amat tersentuh apabila mendengar keadaan mereka. Bayi tiga bulan perlu lebih susu untuk membesar. Jika saya mampu, saya akan membantu," singkap Encik Wahab, yang kemudian juga menyalurkan keluarga tersebut kepada pihak bantuan yang lain.



Antara nasihat utama yang beliau percayai dan sering mengulangi adalah untuk mencurahkan lebih kasih sayang kepada bekas pesalah.



"Dengan sokongan keluarga mereka, bekas pesalah akan sentiasa mempunyai peluang untuk berubah. Ia menggalak mereka agar tidak mengulangi kesalahan mereka dan berubah menjadi warga yang lebih baik dalam masyarakat kita.



"Walau apapun, kita harus bersikap positif. Apabila mereka sudah pulang ke rumah, keluarga perlu memberikan lebih kasih sayang berbanding sebelumnya. Kasih sayang itu biar lebih," nasihat beliau.




"Saya berasa prihatin terhadap keluarga pesalah kerana ramai antara mereka juga menghadapi masalah kewangan dan sebagainya apabila mempunyai anggota keluarga dalam penjara...

Jadi dengan program relawan ini, kami dapat dihubungkan dengan keluarga-keluarga sedemikian untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan."

- Encik Abdul Wahab Ahmad, relawan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >