Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja 13 tahun antara 376 disiasat kes penipuan lebih $9.2j

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



SEORANG remaja berusia 13 tahun adalah antara 376 orang yang sedang disiasat oleh polis kerana disyaki terlibat dalam penipuan sebagai penipu atau keldai wang, yang menyebabkan mangsa kerugian lebih $9.2 juta.



Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata 254 lelaki dan 122 wanita yang terlibat berusia antara 13 tahun hingga 71 tahun.



Ini selepas operasi dua minggu antara 25 November dan 8 Disember dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial dan tujuh divisyen polis.



Penipuan itu termasuk e-dagang, cinta Internet, pekerjaan, sewaan dan panggilan rakan palsu, serta penyamaran sebagai pegawai pemerintah dari China.



Suspek disiasat kerana menipu, mengubah wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.



Mereka yang didapati bersalah menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.



Mereka yang disabitkan kesalahan pengubahan wang haram boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda sehingga $500,000, atau kedua-duanya sekali.



Mereka yang disabitkan kesalahan menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen boleh didenda sehingga $125,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.



Demi mengelak daripada bersubahat dengan jenayah, polis berkata orang ramai harus menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian mudah alih mereka, kerana mereka akan bertanggungjawab jika ini dikaitkan dengan jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >