Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja, 14 tahun, antara 334 individu disiasat atas kegiatan menipu libatkan $9.23j

Jul 04, 2021 | 05:30 AM



SEORANG remaja berusia 14 tahun adalah antara 334 individu yang sedang disiasat polis atas kegiatan penipuan yang menyebabkan mangsa kehilangan wang lebih $9.23 juta.



Dalam kenyataannya semalam, polis berkata seramai 225 lelaki dan 109 wanita sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam 872 kes menipu atau keldai wang.



Ini setelah satu operasi sepanjang dua minggu dijalankan di serata Singapura antara 19 Jun dengan kelmarin oleh pegawai daripada Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan dari tujuh divisyen darat polis, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Suspek yang sedang disiasat itu dipercayai terlibat dalam pelbagai jenis penipuan.



Ini termasuk: Penipuan penyamaran seperti e-mel perniagaan; tawaran sokongan teknologi atau tech support; sebagai kakitangan pemerintah dan pegawai dari China; serta penipuan lain seperti penipuan cinta dalam talian; perdagangan elektronik; pelabuhan dan pekerjaan; platform berjudi palsu dan penipuan pinjaman wang.



Suspek-suspek itu yang berusia antara 14 tahun dengan 72 tahun, sedang disiasat atas kesalahan menipu, pemiutang wang haram atau menawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.



Mereka yang disabit kesalahan menipu di bawah Kanun Keseksaan bakal dijel hingga 10 tahun dan didenda.



Mereka yang didapati bersalah bagi pengubahan wang di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius lain (Akta Rampasan Ganjaran) boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda hingga $500,000 atau kedua-duanya.



Mereka yang disabit kesalahan menawarkan khidmat pembayaran tanpa lesen boleh didenda hingga $125,000, dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya.



Menurut polis: "Bagi mengelakkan diri daripada terlibat dalam jenayah, orang ramai harus sentiasa menolak permintaan daripada orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian telefon anda kerana anda bakal bertanggunjawab (atas jenayah) itu sekiranya kegiatan itu didapati berkait dengan jenayah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >