Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Remaja akui lakukan gangguan pura-pura bawa bom dalam kereta api

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



SEORANG remaja sedang dalam perjalanan menaiki kereta api MRT apabila dia mendakwa mempunyai bom dalam begnya dan berpura-pura meletupkannya dengan menekan beberapa butang bayangan.



Selepas itu, dia meletak beg tersebut di bawah tempat duduk dalam kereta api itu dan menjerit Allahuakbar. Telatahnya dirakam dan dimuat naik ke platform media sosial Instagram.



Penumpang dalam kereta api itu mendengar apa yang dikatakan remaja itu tetapi dokumen mahkamah tidak menyatakan reaksi mereka.



Polis menerima laporan mengenai kejadian itu esoknya.



Warga Singapura berusia 17 tahun itu mengaku bersalah semalam terhadap kesalahan yang termasuk mengganggu, mencuri dan merusuh, lapor The Straits Times.



Nama remaja itu tidak boleh disiarkan bagi melindungi identitinya kerana mereka yang berusia bawah 18 tahun dilindungi Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (CYPA).



Remaja itu berada dalam kereta api menuju ke Serangoon dari Hougang bersama kawan-kawannya sekitar 8 malam pada 26 Disember 2019.



Dia duduk dengan begnya dipangkuannya dan kemudian berkata dengan kuat: "Kawan-kawan, dalam beg aku ada... sebuah... bom... Jadi kita akan bom seluruh stesen dan semua orang dalam kereta api akan mati."



Selepas itu, dia meletak begnya di bawah kerusi kereta api, menutup telinganya dan memekik Allahuakbar.



Dalam satu kejadian berasingan, seorang kawan remaja itu merancang mencuri seutas rantai emas dari sebuah kedai pajak gadai di Hougang dan dia bersetuju menyertainya.



Pada 16 Januari, dia pergi ke kedai tersebut dan minta untuk melihat rantai emas terbesar kedai itu. Apabila diserahkan seutas rantai berharga $7,455, dia melarikannya dan pergi ke sebuah astaka berdekatan.



Dia meninggalkan rantai emas itu di situ sebelum kawannya yang berada dekat kawasan itu mengambilnya 15 minit kemudian.



Esoknya, rantai itu digadai di sebuah kedai pajak lain pada harga sekitar $6,500. Kawannya memberi remaja itu $150.



Dalam lagi satu kejadian berasingan, remaja itu bersama beberapa orang lain menyerang mangsa mereka secara berkumpulan di Hougang pada awal pagi 2 Mei tahun lalu.



Selepas serangan itu, mangsa pergi ke Hospital Tang Tock Seng dan didapati mengalami kecederaan termasuk kecederaan pada wajahnya.



Semalam, mahkamah meminta laporan bagi menilai kesesuaian remaja itu menjalani probesen. Hukuman dijangka dijatuhkan pada 23 Mei.



Tidak didedahkan sama ada orang lain yang terlibat sudah ditangani di mahkamah.



Bagi kesalahan mengganggu, pesalah boleh didenda hingga $5,000. Kesalahan merusuh membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun dan sebat.



Pesalah kesalahan mencuri boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >