Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja dengan serangan jantung selepas vaksinasi Covid-19 sudah di wad awam

Aug 03, 2021 | 06:49 PM



REMAJA 16 tahun yang mengalami serangan jantung selepas mendapat suntikan vaksin Covid-19 pada awal Julai kini berada di wad awam dan memberi respons sangat positif kepada rawatan yang diberi, jelas Pengarah Kumpulan Strategi Krisis dan Operasi Kementerian Kesihatan (MOH), Encik Dinesh Vasu Dash, pada Selasa (3 Ogos).



Remaja itu rebah di rumahnya pada pagi 3 Julai tidak lama selepas sesi angkat berat yang memerah tenaga, enam hari selepas dia menerima dos suntikan pertama vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty.



Budak itu telah mengangkat berat yang hampir dua kali ganda berat badannya dan juga telah mengambil makanan tambahan, ujar pengarah khidmat perubatan Singapura, Kenneth Mak, bulan lalu.



Siasatan kemudian dijalankan bagi mengenal pasti sebab serangan jantung tersebut. Masih tidak jelas jika insiden itu dikaitkan dengan vaksinasi.



Pada 15 Julai, MOH memaklumkan remaja itu sudah keluar dari Unit Jagaan Rapi (ICU) dan berada di wad pergantungan tinggi di unit jagaan koronari, Hospital Universiti Nasional (NUH).



Pada Selasa, Encik Dinesh berkata: "Dia berada di ICU bagi satu tempoh yang agak lama. Mujurlah, dia kembali ke wad awam kini dan memberikan respons yang sangat, sangat positif kepada rawatan yang diberi."



Encik Dinesh menyampaikan ceramah maya tentang program vaksinasi Covid-19 di Singapura pada Sidang Pengurusan Jagaan Kesihatan Singapura dengan sekitar 1,800 pemimpin jagaan kesihatan di sini dan luar negara menghadirinya.



Beliau turut memberikan pujian kepada anggota keluarga remaja itu yang memberikan bantuan pernafasan kepadanya setelah dia rebah.



"Kepada karyawan perubatan yang menjaganya - saya merasakan mereka melakukan tugas cemerlang dan dia kini dalam perjalanan pulih semula.



"Saya merasakan secara kebetulan dia masih muda lantas keupayaannya pulih lebih baik dalam kes ini," jelasnya.



Encik Dinesh memberikan maklumat terkini mengenai keadaan kesihatan remaja ini setelah beberapa hadirin webinar itu bertanya tentang sama ada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun boleh menjalani vaksinasi menentang Covid-19.



Beliau mengatakan tidak mungkin program vaksinasi ini diperluas kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun buat masa ini tetapi ia mungkin berlaku tahun depan.



"Kami tidak pasti memberikan vaksinasi kepada mereka yang berusia di bawah 12 tahun buat masa ini. Saya merasakan ia akan mengambil masa untuk sampai kepada langkah sebegini, mungkin tahun depan, daripada apa yang saya dengar dan lihat," jelasnya.



Belia berusia 12 tahun ke atas kini berhak bagi mendapatkan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty sementara mereka yang berusia 18 tahun ke atas boleh mendapatkan vaksin Moderna.



Bagaimanapun, dua vaksin di bawah program vaksinasi nasional ini belum lagi disahkan kegunaannya buat kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >