Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja S'pura yang alami serangan jantung setelah suntikan Covid-19 jalani pemulihan, terima bantuan kewangan $225,000

Aug 16, 2021 | 06:00 PM



REMAJA lelaki berusia 16 tahun yang mengalami serangan jantung setelah menerima dos vaksin Covid-19 pertamanya sedang beransur pulih, dan telah menerima $225,000 di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP).


Dia kini menjalani pemulihan dan dapat melakukan kegiatan kehidupan seharian tanpa bantuan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Isnin (16 Ogos).


"Dia mungkin akan dibenarkan pulang dalam beberapa minggu mendatang, tetapi mungkin akan memerlukan pemulihan pesakit luar sebelum dia dapat pulang ke sekolah dan menyambung kegiatan lain," katanya.


Pasukan perubatan akan meneruskan rawatan dan memantau keadaannya, tambah MOH.


Belia itu mengalami serangan jantung pada 3 Julai, enam hari selepas menerima vaksin. Dia telah mengalami miokarditis atau keradangan otot jantung, yang menyebabkan serangan jantung.


MOH berkata miokarditis mungkin merupakan kejadian teruk serius yang disebabkan oleh vaksin, yang mungkin menjadi lebih teruk setelah belia itu mengangkat berat dan mengambil kafein melalui minuman tenaga dan makanan tambahan.


Kementerian itu telah menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan kegiatan fizikal yang berat selama satu minggu selepas menerima dos pertama dan kedua mereka.


Individu harus mendapatkan rawatan perubatan dengan segera sekiranya mereka mengalami sakit dada, sesak nafas atau degupan jantung yang tidak normal, tambahnya.


Mereka yang menghidap miokarditis daripada dos pertama vaksin mRNA Covid-19 mereka juga tidak boleh menerima dos lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >