Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rempuhan lori di Linkedua: Drebar S'pura terselamat

Jan 05, 2023 | 05:30 AM



SEORANG pemandu kereta yang didaftarkan di Singapura terselamat daripada kecederaan parah selepas kenderaannya dirempuh sebuah lori yang bergerak melawan arus jalan di Lebuh Raya Linkedua.



Ketua polis dari daerah Iskandar Puteri di Johor, Peolong Pesuruhjaya (AC) Rahmat Ariffin, berkata semalam bahawa pemandu kereta itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.



Beliau menambah bahawa pemandu lori berusia 41 tahun itu ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk.



Video kemalangan itu didapati di laman Facebook Singapore Incidents yang menunjukkan lori tersebut bergerak melawan arus di lorong paling kanan sebelum ia merempuh dua kereta.



Kemalangan itu menyebabkan pintu di sebelah kanan kereta tersebut tercabut sepenuhnya.



AC Rahmat berkata polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu, yang berlaku di tepi lebuh raya menghala ke Malaysia, kira-kira 4.30 petang.



Siasatan awal menunjukkan pemandu lori itu dalam perjalanan ke pelabuhan Tanjung Pelapas dari Kulai, sebuah pekan di Johor.



Dia sedang menghampiri hentian Rehat Gelang Patah apabila terlepas selekoh ke pelabuhan.



Pemandu itu kemudian memandu menentang arus jalan untuk cuba ke pelabuhan itu.



AC Rahmat berkata, lori itu bertembung dengan Mercedes-Benz E250 dan Nissan Almera yang didaftarkan di Singapura.



Pemandu Mercedes-Benz itu mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital.



Polis tidak mendedahkan butiran pemandu Nissan dan keadaannya.



Di bawah Akta Pengangkutan Jalan Malaysia, pemandu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan menyebabkan kecederaan boleh dipenjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun.



Mereka juga akan didenda sekurang-kurangnya RM30,000 ($9,170) dan tidak melebihi RM50,000 ($15,320).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >