Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buru ijazah possiswazah bidang guaman untuk berkhidmat kepada masyarakat

smu
Sep 13, 2021 | 05:30 AM



Seramai 2,978 siswasah Universiti Pengurusan Singapura (SMU) meraih ijazah mereka dalam kohort tahun ini. BERITA HARIAN mewawancara dua siswazah universiti itu dan menyingkap kisah kejayaan mereka.



SEJAK kecil lagi, Encik Lokman Hamin Mohamad Rafi mempunyai impian untuk berkecimpung dalam bidang perundangan kerana ia salah satu pekerjaan yang mewujudkan keseimbangan antara mencari pendapatan dengan berkhidmat kepada masyarakat.



Namun, selepas lulus dengan ijazah Sarjana Muda Seni dan Sains Masyarakat pada 2005 dan kemudian bekerja sebagai pegawai kawalan dan penguatkuasaan di beberapa kementerian sepanjang lebih sedekad, Encik Lokman akhirnya memutuskan melanjutkan pelajarannya lagi dalam bidang yang dicintainya itu pada usia 38 tahun, tiga tahun lalu.



Kini, anak tunggal berusia 41 tahun yang dibesarkan oleh ibunya selepas kedua-dua orang tuanya berpisah semasa usianya masih kecil, merupakan lulusan possiswazah daripada Sekolah Undang-Undang Yong Pung How di bawah program Doktor Juris, Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh beliau mengikuti pengajian ijazah tersebut, Encik Lokman berkhidmat sebanyak 460 jam dalam kerja-kerja pro bono (khidmat yang diberikan secara percuma atau dengan bayaran lebih rendah) bagi membantu mengendalikan isu-isu perundangan yang dihadapi pembantu rumah migran.



Ini dilakukannya semasa menjadi pelatih di pertubuhan tidak meraih untung, Pengadilan Tanpa Sempadan (Justice Without Borders atau JWB).



Ketika dihubungi menerusi e-mel, Encik Lokman berkata niatnya menceburi bidang tersebut sudah ada di dalam dirinya sejak kecil kerana terpengaruh dengan siri drama seperti Law and Order (Special Victims Unit) yang menunjukkan proses pengadilan bagi mangsa jenayah.



Namun, selepas lulus dari Universiti New South Wales pada 2005 dan mula bekerja sebagai pegawai penguatkuasa dan kawalan di Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) serta kemudian mengendali kempen pengiklanan bagi Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Encik Lokman berkata beliau mula rindu kepada pekerjaan yang memerlukannya turun ke lapangan.



"Kerja seperti itu membuat susah saya melihat makna di sebalik apa yang saya lakukan dalam pekerjaan saya itu," katanya yang belum berumah tangga.



"Namun, semasa saya bekerja di MOE dan MOM dan mengendalikan kes-kes di situ, saya didedahkan sedikit kepada sistem pengadilan kita.



"Itu menyumbang lagi kepada niat saya untuk menceburi bidang undang-undang dan membuka mata saya terhadap bagaimana ini bakal memberi kesan yang ketara terhadap kehidupan seseorang."



Pada masa yang sama, Encik Lokman berkata meskipun cabaran kembali ke sekolah selepas sedekad bekerja amat sukar buatnya, dia merasakan bahawa pendedahan dan pengalamannya bekerja membuatnya seorang pelajar yang lebih bijak membahagikan masa untuk bekerja, belajar dan berbakti kepada masyarakat.



Bahkan, dia membiayai kos pembelajarannya itu dengan wang simpanannya sendiri serta pendapatan daripada kerja sambilannya sebagai penulis bebas di laman Nasihat Undang-Undang Singapura (Singapore Legal Advice).



Semasa belajar, Encik Lokman juga berkhidmat sebagai pengurus kes bagi pekerja migran di pertubuhan JWB sepanjang tahun lalu.



Antara lain, dia ditugaskan membantu pengarah undang-undang JWB dalam urusan pentadbiran dan undang-undang bagi kes berkaitan dengan isu tenaga manusia.



Dia juga melibatkan diri dalam bengkel pendidikan yang bertujuan memupuk kesedaran kepada relawan dan pengendali kes, terhadap cara untuk mengumpul bukti bagi kes penganiayaan, melanggar peraturan tenaga manusia serta mendidik mereka dalam hal hak-hak pekerja migran menurut undang-undang tempatan.



"Sepanjang saya berkhidmat di JWB, saya kagum dapat melihat relawan dan pegawai sosial yang berusaha sedaya upaya untuk golongan pekerja migran dan bagaimana mereka dapat memperkukuh lagi sistem sokongan sosial kami untuk golongan tersebut di sini.



"Saya juga merasakan bahawa majikan perlu sedar bahawa pekerja migran adalah manusia dan kami perlu menjaga mereka dengan baik kerana sangat menyedihkan apabila kami mendengar berita tentang majikan yang menganiaya mereka," katanya lagi.



Kini, Encik Lokman sedang bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan bar pada hujung November nanti untuk bertauliah menjadi peguam, dan sementara itu berharap untuk menimba sebanyak mungkin ilmu semasa dalam latihan.



"Seluruh hidup saya, saya percaya bahawa perubahan itu adalah pelopor bagi pembangunan diri kita sendiri.



"Ini telah banyak mendorong saya untuk terus mendapatkan kemahiran dan pengalaman baru serta menghadapi cabaran baru," kata Encik Lokman.




Sepanjang saya berkhidmat di JWB (pertubuhan Justice Without Borders atau Pengadilan Tanpa Sempadan), saya kagum dapat melihat relawan dan pegawai sosial yang berusaha sedaya upaya untuk golongan pekerja migran dan bagaimana mereka dapat memperkukuh lagi sistem sokongan sosial kami untuk golongan tersebut di sini.



Saya juga merasakan bahawa majikan perlu sedar bahawa pekerja migran adalah manusia dan kami perlu menjaga mereka dengan baik kerana sangat menyedihkan apabila kami mendengar berita tentang majikan yang menganiaya mereka.
- Encik Lokman Hamin Mohamad Rafi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >