Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

'Covid Baby' ceria sambut Raya

Sudah tak payah Zoom Raya

Mereka dilahirkan di puncak pandemik Covid-19 yang melanda dunia yang mengubah 360 darjah kehidupan kita. 'Pandemic babies' atau kanak-kanak yang dilahirkan semasa tahun 2020 mempunyai pengalaman yang jauh berbeza dengan kanak-kanak lain - pelitup sudah menjadi kebiasaan, bercuti juga kebanyakannya di negara sendiri, dan pengalaman beraya berbeza setiap tahun. Sempena Hari Raya tahun ini, BERITA HARIAN (BH) mengikuti empat kanak-kanak yang dilahirkan semasa pandemik dan meninjau perkembangan mereka serta perasaan menyambut Hari Raya 2023 yang lebih meriah.
Apr 22, 2023 | 05:30 AM



MASIH jelas lagi dalam ingatan Cik Nur Ri'an Abdullah Lim Ruiyan pada Hari Raya Aidilfitri 2020.



Waktu itu, beliau baru sahaja melahirkan anak ketiganya, Upu Jazli Eilhan Shah Upu Jallauddin.



Meskipun sudah cantik dan segak mereka sekeluarga mengenakan baju Raya sedondon, Cik Nur Ri'an dan suami, Encik Upu Jallauddin Joosoph, hanya dapat tayang cahaya mata baru mereka itu kepada keluarga besar melalui Zoom sahaja. Ini kerana Hari Raya 2020 pada 24 Mei disambut di tengah-tengah tempoh pemutus litar pandemik Covid-19 - sekitar tiga bulan selepas Eilhan dilahirkan.



Eilhan dilahirkan pada 29 Februari 2020. Dia mempunyai dua kakak - Utin Nurqaseh Rina, 10 tahun, dan Utin Nurqistina Zara, lapan tahun.



"Memang rasa sedih sangat sebab kita hanya boleh sambut bersama keluarga melalui Zoom. Apa yang boleh kami lakukan untuk hidupkan suasana meriah Hari Raya adalah untuk memetik gambar dan muat naik ke Instagram dan Facebook," ujar Cik Nur Ri'an, 41 tahun.



Namun, banyak perkembangan yang telah dilalui Eilhan sejak melayari tahun-tahun awal kehidupannya dalam keadaan pandemik sehingga Singapura menurunkan Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) daripada kuning kepada hijau pada 13 Februari lalu.



Antaranya, Eilhan bertemu dengan sepupunya buat kali pertama setelah tempoh pemutus litar berakhir pada Julai 2020; dia memasuki pusat penjagaan kanak-kanak pada Oktober 2020; dan menikmati pesta kecil untuk ulang tahunnya yang pertama pada Februari 2021.



Dia juga telah menyertai kegiatan luar sekolah ke ladang haiwan ternakan pada November 2022 dan malah, bercuti ke luar negara buat kali pertama ke Dubai pada Disember 2022.



Cik Nur Ri'an mengakui beliau pada mulanya ada sedikit keprihatinan tentang pembangunan Eilhan, terutamanya dalam bidang pertuturan.



"Pada mulanya, kami bimbang tentang pertuturannya, memandangkan orang ramai, termasuk gurunya, memakai pelitup.



"Oleh sebab Eilhan tidak dapat melihat pergerakan mulut orang apabila mereka bercakap, kami bimbang jika pertuturannya akan terjejas. Namun mujur, semuanya okay. Bahkan, kemahiran sosial anak saya juga okay," kata beliau, seorang pengurus perniagaan.



Dek Cik Nur Ri'an aktif melakukan kegiatan mengembara, atau trekking, di kawasan hutan simpanan dan taman semasa pandemik, beliau mendapati Eilhan telah memupuk minat yang mendalam terhadap alam semula jadi kerana dia sangat suka pada haiwan dan serangga.



Meskipun Eilhan dan dua kakaknya kini bebas menikmati kehidupan dengan penuh riang tanpa sebarang sekatan, Cik Nur Ri'an berkata beliau terus menitik beratkan tentang kesihatan, sambil menambah pelitup dan sanitiser terus menjadi kepentingan untuk keluarganya.



"Harapan saya sempena Hari Raya Aidilfitri dalam pascapandemik ini adalah untuk orang ramai terus menjaga kesihatan mereka. Kesihatan itu amat penting.



"Janganlah kita memandang ringan supaya kita dapat terus berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan seperti biasa," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >