Lebih 11,000 pengunjung dalam dan luar negara telah melawat Pusat Sumber dan Kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) sejak ia dibuka Julai 2014. Antaranya ialah ulama yang memuji usaha RRG menyediakan program menentang ideologi ekstrem dan pemulihankepada landasan yang betul. BERITA MINGGU menukil pengamatan sebahagian ulama yang ditinta dalam buku tamu pusat tersebut.
PUSAT Sumber dan Kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) mungkin kecil dari segi saiz, tetapi memberi manfaat kepada Islam dan Muslim bahkan seluruh alam.