Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

DI MELBOURNE, AUSTRALIA

Siswa sarjana kejururawatan, kerja sambilan sektor perubatan

Oct 31, 2022 | 05:30 AM



Permintaan bagi bakat global kini meningkat sedang ekonomi di serata dunia pulih daripada pandemik Covid-19. BERITA HARIAN/BERITA MINGGU mewawancara warga Singapura yang memilih bekerja di luar negara, dan sekali gus bersaing di arena global. Ikuti kisah tiga individu ini yang merebut peluang pasaran global di Australia, Britain dan New Zealand.




ENCIK Mohammad Mubarrak Faruk berada di Melbourne, Australia, sejak 2012 untuk pengajian sarjana mudanya dalam bidang sains pemakanan di Universiti Deakin.



Beliau mula bekerja secara sambilan dalam bidang makanan dan minuman untuk menambah elaunnya sebagai pelajar waktu itu.



"Saya juga ingin bekerja kerana saya percaya ia satu peluang yang baik untuk bergaul dengan rakan kerja yang tinggal di sini dan untuk meluaskan rangkaian sosial saya," ujar Encik Mubarrak, kini 32 tahun.



Setelah meraih pengalaman bekerja secara sambilan, beliau mula bekerja secara sepenuh masa sebagai pakar makanan setelah tamat pengajiannya pada 2014.



Namun, Encik Mubarrak akur bukan mudah untuk meninjau pasaran pekerjaan di Melbourne sebagai warga asing.



"Saya hanya mendapat tawaran pekerjaan pertama setelah melalui 'trial and error' (percubaan dan kesilapan), dan menerusi perundingan kerjaya universiti setempat.



"Saya percaya pengalaman dan kelayakan merupakan gabungan yang perlu ada untuk bekerja di Australia," ujar Encik Mubarrak.



Di tempat kerjanya di Melbourne, beliau perlu menyesuaikan diri dengan orang ramai daripada pelbagai latar belakang.



"Rakan kerja saya di Melbourne berasal dari negara yang anda biasanya tidak akan jumpa di Singapura.



"Saya rasa sekitarannya lebih berbilang budaya berbanding di Singapura. Oleh itu saya perlu lebih sedar tentang budaya yang berbeza daripada budaya saya," ujar Encik Mubarrak.



Anak bongsu dalam dua beradik itu kembali ke Singapura untuk berjumpa dengan keluarganya sekitar setiap tahun.



Malah, itulah pengorbanan terbesar yang perlu dilalui kerana beliau perlu berjauhan dari keluarganya yang tinggal di Singapura tetapi banyak juga kelebihan yang ditawarkan pengalaman bekerja di luar negara.



"Kelebihannya adalah terdapat penekanan terhadap keseimbangan kerja dan kehidupan di sini dan majikan benar-benar mengambil perhatian kepada pekerja mereka bagi kesihatan mental mereka dan memastikan pekerja dapat mengimbanginya secara adil dan mampan.



"Kesihatan mental ialah topik yang serius dan sepatutnya dibincangkan sekarang sedang ramai yang kini mengalami masalah kesihatan mental dan tanpa sokongan yang secukupnya, ia menjadi risiko kepada kesihatan mereka," ujar Encik Mubarrak, yang belum berumah tangga.



Bagi mereka yang ingin bekerja di Australia, Encik Mubarrak mengesyorkan mereka mengkaji bidang yang ingin diceburi, kerana ada pekerjaan yang lebih mudah didapati di negeri tertentu.



Daripada pengalamannya juga, beliau mendapati bahawa warga Australia rata-ratanya amat vokal dengan pandangan mereka.



"Mereka menghargai seseorang yang tidak takut untuk meluahkan pandangan mereka dan kekal dengan pendirian itu.



"Ini merupakan satu tip penting yang saya pelajari selama bertahun saya bekerja di sini dan telah membantu saya dari segi keyakinan diri," ujarnya.



Encik Mubarrak kini sedang menyambung pengajiannya secara sepenuh masa di peringkat sarjana dalam bidang kejururawatan di Universiti Melbourne, yang diharapkan dapat meluaskan lagi peluang kerjayanya.



Beliau juga sedang bekerja secara sambilan sebagai pegawai maklumat perubatan.



Buat masa ini, beliau tidak merancang untuk kembali ke Singapura untuk bekerja kecuali terdapat peluang untuk beliau memajukan kerjayanya lagi, atau jika terdapat ehwal keluarga.



Namun, Encik Mubarrak tetap menghargai asal usulnya sebagai warga Singapura.



"Saya benar-benar gembira saya dilahirkan di Singapura.



"Sistem pendidikan di Singapura yang kukuh dan sikap ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan telah membentuk minda saya untuk sentiasa melakukan yang terbaik, serta memupuk nilai disiplin dan etika kerja yang baik.



"Nilai dan kepercayaan ini telah menyokong saya di tempat kerja dan dalam kehidupan saya," ujar Encik Mubarrak.




PENGALAMAN DAN KELAYAKAN PERLU UNTUK KERJA DI AUSTRALIA DI MELBOURNE, AUSTRALIA



"Saya percaya pengalaman dan kelayakan merupakan gabungan yang perlu ada untuk bekerja di Australia.



Rakan kerja saya di Melbourne berasal dari negara yang anda biasanya tidak akan dapati di Singapura. Saya rasa sekitarannya lebih berbilang budaya berbanding di Singapura. Oleh itu saya perlu lebih sedar tentang budaya yang berbeza daripada budaya saya.''
- Encik Mohammad Mubarrak Faruk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >