Barah buah dada sering dikaitkan dengan wanita yang sudah berumur. Namun, wanita muda turut berisiko menghidap penyakit tersebut. Dalam kertas putih terkini yang dihasilkan Yayasan Barah Buah Dada (BCF), isu wanita muda yang mengharungi barah buah dada menjadi tumpuan. NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) mendalami isu tersebut dalam laporannya. Sekitar 29 daripada 100 wanita yang menghidap barah buah dada di Singapura berusia di bawah 45 tahun, menurut Yayasan Barah Buah Dada
BARAH tidak mengenal usia.