Pada Ramadan ini, tidak semua masjid di Singapura beroperasi dari pagi hingga malam seperti sebelum wabak Covid-19 melanda. Baru-baru ini, BERITA HARIAN mengisahkan sekitar 11 masjid yang tidak beroperasi sepenuhnya kerana kekurangan sukarelawan. Kini, kami susuli kisah itu dan menemu ramah bersama dua sukarelawan dari dua antara 11 dalam senarai masjid itu untuk mengetahui lebih lanjut.
SEBAGAI relawan selama 20 tahun di Masjid Tasek Utara, Ustaz Mohamad Rais berharap agar lebih ramai orang tampil untuk membantu di masjid itu.