Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Resort baru di Changi Village akan dibina daripada bas lama

Aug 29, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH resort baru dekat Changi Village yang memberi suntikan baru kepada bas awam yang telah tamat perkhidmatannya dijangka siap pada suku kedua tahun depan.



Terletak di plot tanah pemerintah sebelah Pusat Penjaja Changi Village, resort seluas 8,600 meter persegi itu akan menawarkan sebanyak 20 bilik lengkap dengan hiasan dalaman persis hotel mewah.



Resort itu - dikendali WTS Travel & Tours - juga akan mempunyai Pusat Pengalaman dan Acara tersendiri yang menawarkan pelbagai kegiatan seperti senaman pilates, yoga serta aktiviti lain berunsur kebaikan dan kesejahteraan diri.



Pengarah urusan WTS, Encik Micker Sia berkata beliau menjangkakan harga setiap malam resort itu antara $300 dengan $400.



WTS menambah, resort itu adalah resort jenis pertama dalam rantau ini dan satu tanda jelas bahawa "pergerakan penggunaan serta pengitaran semula (barang dipakai) tidak terhad kepada individu namun boleh diamalkan sektor binaan dan pelancongan".



Projek itu diumumkan WTS dalam satu majlis pecah tanah semalam yang dihadiri Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman selaku tetamu terhormat.



Resort itu juga satu tambahan kepada ekosistem riadah, makanan dan minuman, serta perniagaan runcit Changi Village seperti Pusat Penjaja Changi Village yang sedang diubah elok, Changi Broadwalk, Muzium dan Gereja Kecil Changi (CCM) dan kelong terapung Smith Marine.



"Projek tersebut menunjukkan keupayaan yang dapat dicapai dengan mengguna semula (barang terpakai) dan idea kreatif kemampanan sebagai sebahagian usaha memperluas ekosistem Changi Village yang menarik dan mesra alam sambil menyediakan peluang pekerjaan," kata WTS.



Projek itu - diurus bersama LHN Group dan Sky Win Holding - menerima manfaat daripada Rangka Kerja Penggerak Pertama, oleh Panel Pro-Perusahaan (PEP) Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



PEP menggalak agensi yang memiliki aset supaya mengamalkan sikap pro-perusahaan dengan menyokong usaha memperuntuk aset awam kepada perniagaan yang mempunyai idea baru dan bakal mengubah pasaran.



PEP telah menyokong WTS dengan mengenal pasti ruang sesuai untuk mereka mencuba idea baru itu serta menyediakan perbincangan bersama agensi kawalan relevan seperti Penguasa Tanah Singapura (SLA).



Encik Sia berkata idea berkenaan tercetus semasa pandemik memandangkan kegiatan melancong dalam negeri atau 'staycation' menjadi satu tarikan apabila sekatan sempadan dikuatkuasakan.



"Ini peluang baik untuk Singapura, WTS dan rakan perniagaan lain untuk menunjukkan bagaimana pelancongan, usaha kemampanan dan mesra alam dapat bersatu untuk memanfaatkan masyarakat kita," tambahnya.



"Dengan melaksanakan idea kreatif ini, kami dapat mengguna semula sumber sedia ada dan mencipta pengalaman baru dan menarik untuk pelancong setempat dan luar negara."



Dr Maliki berkata projek tersebut memainkan peranan sebagai 'jambatan' antara hidup bandar Singapura dengan kawasan dalaman negara sebagai sebahagian usaha memperluas kawasan East Coast sambil mengenkalkan daya tarikan kedesaan Changi.



"Ini salah satunya perkara yang menjadi keprihatinan agar nilai hidup kedesaan dan menawan itu tidak tersentuh di sini," katanya.



Sebagai sebahagian usaha kemampanan, Dr Maliki berkata meskipun sebuah projek pembangunan harus membabitkan pembinaan baru, ia seharusnya mencapai pengeluaran sifar bersih.



"Ini juga bermakna, apabila orang ramai datang ke sini, mereka dapat mengetahui apa maknanya kemampanan, bukan setakat mematikan hawa dingin (apabila tidak digunakan) namun hidup dengan mantra kemampanan," katanya.



Dr Maliki menjelaskan pelbagai faktor turut ditimbangkan dalam membina projek mampan seperti menggabungkan pembangunan dengan ciri-ciri alam semula jadi, menimbangkan laluan angin agar ia "bukan sahaja menggunakan lebih kurang tenaga elektrik namun juga menawarkan pengalaman penginapan yang baru dan menarik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >