Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Riz Sunawan terima kunjungan Presiden Halimah

Aug 21, 2022 | 05:30 AM



MANTAN penyiar dan personaliti tempatan Riz Sunawan, yang menghidapi penyakit saraf motor neuron (MND), atau lebih dikenali sebagai Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS), menerima tetamu istimewa baru-baru ini.



Menerusi laman Instagram beliau kelmarin, Riz, yang nama sebenarnya Asri Sunawan, berkata beliau berasa rendah hati dikunjungi Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob.



"Saya berkongsi dengan beliau tentang perjalanan saya menghidapi ALS dan tentang penubuhan Persatuan MND pertama Singapura.



"Beliau memberi saya banyak galakan, lebih-lebih lagi berhubung kerja dan kegiatan yang kami jalankan bagi meningkatkan kesedaran tentang MND atau ALS," ujarnya.



Menurut Riz, 43 tahun, Puan Halimah turut mengundang Persatuan MND Singapura ke Istana.



Puan Halimah juga mengucapkan tahniah atas pelibatannya yang berterusan dengan Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Bulan Bahasa, tambah Riz



"Puan Halimah, sifat penyayang anda meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya dan anda memang Presiden berjiwa rakyat sekarang dan selamanya," ujar Riz.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >