Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rizab diperlukan untuk jaga rakyat, pertahan kewujudan S’pura: Presiden Halimah

May 22, 2020 | 10:22 PM



KEWUJUDAN Singapura perlu dipertahankan, sedang ia menentang pandemik

Covid-19, dan ia perlu menggunakan rizab untuk menjaga rakyatnya, kata

Presiden Halimah Yacob.


Rizab negara hanya boleh digunakan dalam ‘keadaan amat luar biasa’ dan

pandemik Covid-19 ini memenuhi definisi ini, kata Puan Halimah, dalam

wawancara dengan wartawan melalui video pada Jumaat (22 Mei).


Menjawab soalan sama ada beliau prihatin rizab digunakan untuk

menyokong langkah sokongan Covid-19, Puan Halimah berkata rizab perlu

digunakan untuk memastikan Singapura boleh menjaga rakyat dari segi

kesihatan dan keselamatan dan mata pencarian, lapor The Straits Times

(ST).


Pada Mac dan April, Puan Halimah memberi kebenaran bagi sekitar $21

bilion diambil dari rizab untuk menampung pakej sokongan pemerintah

bagi perniagaan dan pekerja yang terjejas akibat pandemik ini. Tiga

pakej yang diumumkan bernilai sekitar $63.7 bilion.


Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, pada Selasa (26 Mei) akan

menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen untuk memberi perincian

mengenai langkah sokongan bagi pekerja dan perniagaan yang tidak dapat

menyambung semula kegiatan mereka selepas tempoh pemutus litar

berakhir pada 1 Jun.


Pakej sokongan baru ini mungkin perlu mengambil wang dari rizab, lapor ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >