Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rizab sumber strategik dalam krisis, GIC boleh perbaru pendekatan urus rizab: PM Lee

Nov 17, 2021 | 05:30 AM



RIZAB Singapura merupakan sumber strategik yang memainkan peranan penting bukan hanya semasa detik kritikal seperti krisis kewangan tetapi juga merupakan sumber pendapatan stabil bagi pemerintah, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Justeru, rizab Singapura perlu terus dikembangkan dan Perbadanan Pelaburan Singapura (GIC), yang melabur rizab itu, perlu terus berinovasi dan memperbaharui pendekatannya dalam menguruskan pelaburan Singapura dalam sekitaran global yang kian mencabar.



Ini perlu dilakukan sementara memastikan ia tidak terpesong jauh dari tujuan utama serta nilai terasnya, kata Encik Lee dalam ucapannya semasa majlis sambutan ulang tahun ke-40 GIC di Hotel Shangri-La malam tadi.



Menekankan peranan penting GIC, Encik Lee berkata:



"Jika Singapura tidak mempunyai rizab yang mencukupi dan diuruskan dengan baik, keadaan kita sama ada dalam krisis atau semasa tempoh aman, akan lebih sukar."



GIC telah memelihara dan mempertingkat nilai rizab negara, kata Encik Lee, dan ini merupakan salah satu faktor yang telah mengubah nasib Singapura semasa dilanda krisis.



Mengulas lanjut, rizab yang kukuh juga telah membantu Singapura dalam langkahnya memperkenal pakej fiskal dalam ekonomi yang dilanda pandemik Covid-19.



"Banyak negara, termasuk Singapura, perlu menguatkuasakan pakej fiskal untuk melindungi pendapatan dan pekerjaan. Tetapi meskipun negara lain perlu membuat pinjaman besar untuk membiayai langkah campur tangan mereka, Singapura mampu bergantung kepada rizabnya," kata Encik Lee.



Dibentuk pada 1981, GIC merupakan idea Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) ketika itu, Dr Goh Keng Swee. Beliau mengusulkan pembentukan GIC bagi melabur rizab Singapura dalam jangka panjang.



Kini, GIC merupakan antara dana harta milik pemerintah yang terbaik di dunia. Ia mempunyai 10 pejabat di bandar berbeza dan melabur di 40 negara.



Menurut Encik Lee, GIC perlu bersedia menghadapi cabaran akan datang kerana selain ketidaktentuan ekonomi, faktor seperti geopolitik, perubahan iklim dan keadaan domestik, boleh menjejas tugas GIC untuk terus membangunkan rizab negara.



"Perbelanjaan sosial dan penjagaan kesihatan akan terus meningkat tinggi. Begitu juga tekanan terhadap pemerintah untuk menggunakan lebih banyak rizab negara untuk tidak menaikkan cukai bagi membiayai perbelanjaan yang lebih tinggi.



"Setiap generasi baru Singapura akan tanya diri sendiri soalan yang sama: 'Adakah kita akan menunjukkan sikap yang sama seperti generasi sebelum ini?'



"Saya harap mereka akan capai jawapan yang sama seperti warga Singapura yang lain sejauh ini... mengekalkan formula sama yang membuahkan hasil bagi GIC selama lebih setengah abad, dan mengekalkan kemakmuran dan daya tahan kita bagi generasi akan datang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >