Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF berjaya kumpul lebih $2j bagi mangsa gempan di Turkey, Syria

Mar 23, 2023 | 08:47 PM



YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RFLAF) yang telah bekerjasama dengan sebuah pertubuhan kemanusiaan Turkey, Hayrat Yardim telah mengumpul lebih $2.1 juta bagi membantu masyarakat yang terjejas gempa di Turkey dan Syria.



Wang sebanyak $2,151,202 itu adalah jumlah tertinggi dikumpul RLAF bagi bantuan kemanusiaan menyusuli bencana, kata Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Encik Muhammad Faizal dalam satu kenyataan.



Wang itu telah dikumpul antara 10 dengan 24 Februari 2023 bagi memenuhi keperluan mangsa yang termasuk khemah, makanan hangat, selimut dan pakaian musim salji.



Encik Faizal berkata antara golongan penderma turut termasuk pekerja migran yang menginap di dormitori Tuas yang telah memberi sumbangan daripada kocek mereka serta menghantar seorang wakil ke pejabat RLAF untuk menyerahkan derma itu.



Lebih 10 perbadanan setempat termasuk Persatuan Muhammadiyah, Persatuan Wanita Cina dan Darul Arqam turut telah memberi sumbangan masing-masing bagi usaha itu.


Pada Isnin, Pengerusi Lembaga Pemegang Yayasan Encik Abdul Razak Maricar (paling kiri), dalam satu majlis di Hab Islam Singapura, menyerahkan cek itu kepada Duta Republik Turkey bagi Republik Singapura, Encik Mehmet Burçin Gönenli, (paling kanan), yang menerima cek itu bagi pihak Hayrat Yardim.


Majlis itu turut dihadiri Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) Encik Kadir Maideen, (dua dari kanan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >