Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF: Dana sumbangan warga S’pura dikendali dengan telus, salur ke badan dipercayai

Nov 11, 2023 | 06:33 PM



Tatkala tercetusnya konflik Israel-Palestin pada 7 Oktober, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) bergegas untuk menilai keadaan di Gaza sambil berusaha untuk mendapatkan permit untuk melakukan kutipan derma bagi warga Palestin di Gaza.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RLAF, Encik Faizal Othman, keutamaannya adalah untuk memastikan proses kutipan dan saluran dana kelak dijalankan dengan telus.

“Kami di RLAF mengutamakan ketelusan dan juga integriti sepenuhnya dalam usaha kami mengumpul dana ini. Sebagai sebahagian daripada usaha wajar ini dan juga tanggungjawab kami, kami mesti memastikan bahawa proses pendermaan itu telus.

“Maka itu, ia mengambil masa sedikit supaya kami dapat menyiapkan semua pentabdiran dengan baik sebelum kami meminta permit dari Pesuruhjaya Badan Amal. Selepas kami menerima permit tersebut, barulah kami boleh melancarkan dana ini untuk orang ramai menderma,” kata Encik Faizal.

RLAF telah memulakan kutipan derma di seluruh Singapura pada 19 Oktober. Tarikh tutup untuk kutipan derma yang pada awalnya dijadual pada 31 Oktober, diteruskan hingga 17 November untuk memberikan lebih banyak masa bagi warga Singapura menderma.

Bercakap dengan Berita Harian (BH) dalam satu wawancara di Kahirah, Mesir, Encik Faizal berkata RLAF telah bekerjasama dengan Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) kerana ia merupakan badan kemanusiaan yang boleh dipercayai dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan menyeluruh tentang usaha kemanusiaan di Gaza.


“UNRWA telah bekerjasama dengan kami dalam beberapa kempen yang lalu untuk Gaza, dan kami telah membantu UNRWA untuk membantu pelarian Gaza.

“UNRWA telah berada di Gaza sejak 1950 dan mereka telah tubuhkan lebih daripada 200 prasarana seperti sekolah, pusat perubatan dan juga pusat pengagihan makanan untuk rakyat Gaza. Jadi mereka ada di sana, mereka ada di Gaza dan mereka tahu keperluan rakyat Gaza,” kata Encik Faizal.

Sehingga kini, RLAF telah berjaya mengumpul lebih $5.7 juta. Pada Jumaat, Encik Faizal telah menyalurkan sumbangan pertama sebanyak $2 juta ke UNRWA dalam sebuah majlis kecil di Hotel Four Seasons, yang disaksikan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Sejak awal konflik ini, Encik Faizal berkata RLAF telah berhubung rapat dengan UNRWA untuk berbincang dan mendapat perkembangan terkini secara terperinci tentang usaha kemanusiaan di Rafah dan Gaza.

Setakat ini, lebih 10,000 warga Palestin telah terkorban dan lebih 1.5 juta penduduk Gaza telah kehilangan rumah ekoran operasi ketenteraan dan serangan bom oleh Israel.

“Kami dapati bahawa keadaan di Gaza ini sangat terdesak. Jadi kami salurkan dahulu sumbangan yang pertama ini bagi UNRWA.

“Sumbangan ini kami akan gunakan dengan kerjasama UNRWA untuk memberikan sokongan perubatan, sokongan makanan dan sokongan minuman bagi penduduk Gaza yang terjejas dalam peperangan ini.

Encik Faizal berkata beliau sebenarnya ingin ke sempadan Rafah untuk memantau operasi kemanusiaan yang sedang dijalankan, untuk memberikan perkembangan terbaru kepada rakyat Singapura, namun permintaannya tidak dibenarkan.

“Sebenarnya kami meminta agar kami dapat memasuki Rafah di mana terdapat satu gudang UNRWA dan ini digunakan untuk menghantar barang-barang kemanusiaan ke Gaza.

“Tetapi Rafah sekarang dikategorikan sebagai tempat larangan oleh Mesir dan kami dilarang untuk memasukinya,” kata Encik Faizal.

Walaupun tidak dapat ke Rafah, beliau lega setelah menerima laporan dari UNRWA bahawa 93 buah lori dengan barangan kemanusiaan telah memasuki Gaza dari Rafah untuk menghantar barang-barang kemanusiaan ini seperti makanan, air dan juga barang-barang perubatan.

“Saya kira keadaan di Gaza ini sangat genting kerana ia adalah satu medan peperangan dan kita mesti memahami keadaan tersebut. Ia bukan keadaan aman.

“Di sana, askar-askar dan juga kereta kebal sedang menembak dan serangan udara berterusan. Maka itu, ia bukan satu perkara yang mudah untuk menghantar barang-barang ini dengan selamat,” kata Encik Faizal




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >