Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF, Palang Merah kumpul dana bagi mangsa gempa bumi di Afghanistan

Jun 28, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF) sedang bekerjasama dengan Palang Merah Singapura untuk menganjurkan pengumpulan dana bagi menyokong keperluan segera masyarakat yang terjejas oleh gempa bumi di Afghanistan baru-baru ini.



Keperluan ini termasuk makanan, perlindungan kecemasan, penjagaan trauma kecemasan, barangan bukan makanan, air, sanitasi dan barangan kebersihan, menurut kenyataan RLAF semalam.



Gempa bumi paling buruk dalam masa 20 tahun yang menimpa Afghanistan, telah meragut sekurang-kurangnya 1,000 orang manakala 1,500 cedera serta lebih 3,000 rumah musnah.



Jumlah kematian dijangka terus meningkat sedang usaha mencari dan menyelamat diteruskan, tambah kenyataan itu.



Bencana berkenaan berlaku sedang negara itu merasakan kesan daripada krisis ekonomi yang parah, musim kemarau dan kebuluran berpanjangan.



Selain itu, keadaan cuaca dan geografi ang mencabar telah melambatkan usaha untuk mendekati kawasan-kawasan yang memerlukan bantuan.



Di samping lokasi yang terpinggir dan bergunung, cabaran logistik diburukkan lagi dengan masalah prasarana lemah, jalan raya yang banjir dan tanah runtuh.



Pihak RLAF melahirkan rasa simpati terhadap mangsa serta keluarga mereka dalam kecemasan kemanusiaan ini.



Lantaran itu, ia menggerakkan usaha mengumpul dana secara dalam talian menerusi beberapa wadah, bermula semalam hingga 10 Julai.



Semua dana yang dikumpul akan disalurkan menerusi Palang Merah Singapura yang sedang bekerja rapat dengan rakan kerjasama Palang Merah Sabit Merah - termasuk Masyarakat Sabit Merah Afghan (ARCS) dan Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Masyarakat Sabit Merah (IFRC), untuk menghantar bantuan kepada masyarakat yang terjejas.



Orang ramai boleh membuat sumbangan secara dalam talian menerusi beberapa cara termasuk melalui PayNow dan laman web giving.sg.




CARA MENDERMA



Orang ramai boleh menyumbang secara dalam talian



* PayNow



- masukkan nombor UEN RLAF, 200910530ZCHQ

- nyatakan di bawah kenyataan Afghanistan Earthquake



* laman web giving.sg, di bawah kempen giving.sg/rlafoundationsg/afghanistanearthquake



* pemindahan dana antara bank menerusi RLAF



- pindahkan wang ke OCBC Current Account, nombor akaun 601313315001

- cek yang dibayar kepada RLAF, tulis belakang cek butiran nama penderma, nombor telefon dan"Afghanistan Earthquake".

- Kirimkan cek itu ke RLAF - Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740) atau ke MUIS, yang beralamat No. 273, Braddell Road, Singapore 579702




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >