Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA (MUIS)

RLAF serah cek $70,259 bagi Cabaran Presiden

Sembilan relawan turut terima Anugerah Jasa Cemerlang dan Anugerah Jasa Bakti Muis
Oct 09, 2022 | 05:30 AM



SEMANGAT rahmah masyarakat Islam di Singapura terus menyerlah, dengan Yayasan Rahmatan lil Alamin (RLAF) telah menyampaikan cek bernilai $70,259 bagi Cabaran Presiden semalam.



Cek tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, kepada Presiden Halimah Yacob, di upacara Anugerah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) 2022 yang berlangsung di Istana.



Menurut Muis, kutipan dana khas itu merupakan kerjasama antara RLAF dengan Cabaran Presiden demi menyokong pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan dan sokongan buat golongan kurang upaya.



Menyusuli ketiadaan upacara penyampaian Anugerah Muis itu dalam bentuk fizikal ekoran sekatan Covid-19 tahun lalu, individu yang diiktiraf dengan Anugerah Jasa Cemerlang dan Anugerah Jasa Bakti Muis menerusi wadah Zoom tahun lalu, turut hadir di majlis semalam.



Semasa berucap di majlis tersebut, Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, mengucapkan terima kasih kepada Puan Halimah kerana turut mengundang mereka.



Dalam ucapannya, Encik Kadir berkata beliau berharap kisah relawan yang diiktiraf itu dapat menjadi sumber inspirasi bagi orang ramai dan turut mendorong mereka untuk menyumbang dengan cara dan keupayaan mereka sendiri untuk mempertingkat masyarakat.



Beliau turut berharap mereka juga boleh membimbing golongan relawan seterusnya dengan baik.



Dengan usaha pembaharuan yang berterusan ini, Encik Kadir berkata masyarakat dapat menuju aspirasi menjadi sebuah Masyarakat Gemilang yang membawa rahmat kepada semua.



"Institusi kami hanya sekukuh individu yang menyokong mereka.



"Relawan kami merupakan salah satu tunggak kekuatan itu," ujarnya.



Seramai sembilan relawan yang menerima Anugerah Jasa Cemerlang dan Anugerah Jasa Bakti Muis semalam menyertai lebih 150 individu penerima Anugerah Muis itu sejak 1991.



Encik Kadir berkata mereka melambangkan semangat masyarakat membawa kebaikan dan ihsan kepada anggota masyarakat yang lain serta masyarakat lebih meluas.



Tambahnya, mereka daripada pelbagai latar belakang, menyumbang tenaga dan kepakaran mereka di pelbagai pertubuhan dan bagi manfaat segmen masyarakat berbeza.



Kebanyakan mereka telah berbakti kepada masyarakat selama sekurang-kurangnya 20 tahun, dengan ada di antara mereka yang bermula seawal 1960-an.



Malah, mereka masih terus giat menyumbang kepada masyarakat Muslim setempat hingga sekarang.



Setiap tahun, Encik Kadir berkata penerima Anugerah Muis mewakili ratusan relawan yang bertungkus lumus menyumbang kepada pelbagai institusi masyarakat, di dalam dan luar masjid serta pertubuhan Islam.



"Kami amat sanjungi dan menghargai jasa mereka selama ini.



"Sumbangan murni mereka, digandingkan dengan sokongan padu daripada masyarakat, membolehkan kita menghadapi segala cabaran dengan tenang dan bersatu hati.



"Semoga penghargaan ini memberi inspirasi demi melahirkan generasi baru relawan yang bakal tampil menabur bakti memperkukuh institusi kemasyarakatan kami," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >