Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Robinsons mula operasi dalam talian 24 Jun

Jun 10, 2021 | 10:59 AM



Gedung beli belah Robinsons akan kembali beroperasi dalam talian selepas semua cawangannya seluruh Singapura tutup Januari lalu. 



Dalam kenyataan yang dikeluarkan Khamis, gedung beli belah ikonik itu mengumumkan bahawa ia diambil alih pembekal borong Canningvale Australia bulan ini. 



Kedai dalam talian Robinsons yang beroperasi secara bebas itu akan menggajikan dua bekas pekerja Robinsons dan akan membuka peluang pekerjaan yang pelbagai bagi warga Singapura, tambahnya. 



Laman web tersebut akan mula beroperasi 24 Jun. 



Dengan ibu pejabat yang berpangkalan di Singapura, perniagaan itu dipimpin Encik Jordan Prainito, mantan pengarah urusan Cnningvale Australia. 



Kata Encik Prainito: “Saya cukup teruja untuk melancarkan semula jenama ikonik ini. Jenama ini mempunyai sejarah yang kaya dan sangat sesuai dengan pelanggan Singapura dan Asia Tenggara. Ia hanya perlu disesuaikan dengan keperluan abad ke-21.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >