Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Robinsons Raffles City 'tutup kedai' menjelang 10 Jan

Jan 04, 2021 | 05:30 AM



GEDUNG runcit Robinsons akan menutup kedai terakhirnya di Raffles City menjelang 10 Januari, sekali gus mengakhiri sejarahnya selama 162 tahun.



Pembubar KordaMentha menyatakan walaupun hari terakhir operasi gedung itu dijadual selewat-lewatnya Ahad ini, hari terakhir sebenarnya mungkin lebih awal, bergantung pada tahap baki stok yang ada.



"Potongan harga akan terus dikemas kini setiap hari, dengan tujuan menghabiskan stok yang ada," kata KordaMentha kepada akhbar The Straits Times kelmarin.



Ketika akhbar itu mengunjungi gedung tersebut di Raffles City pada Sabtu petang, kesemua tiga tingkat gedung itu penuh dengan pelanggan, dengan kira-kira 100 orang dilihat membeli-belah di tingkat tiganya, tempat pakaian dan barangan rumah dijual.



Sebilangan rak sudah kosong, sementara yang lain dilengkapi dengan alat solek, beg, kasut dan pakaian lelaki.



Diskaun ditawarkan, dengan pelanggan dapat menikmati potongan harga 80 peratus daripada harga barang paling rendah dengan pembelian lima barangan atau lebih.



Cik Faith Leong, 19 tahun, yang mengunjungi gedung tersebut pada Tahun Baru Jumaat lalu bersama seorang rakannya mengatakan penutupan gedung runcit itu amat menyedihkan.



Robinsons mengumumkan pada 30 Oktober lalu bahawa ia akan menutup dua kedai terakhirnya di Singapura, dengan mengatakan bahawa keputusan membubarkan gedung itu didorong pelbagai faktor, termasuk perubahan selera pengguna dan tekanan kos seperti sewa.



Bagi sebahagian besar kakitangannya di Raffles City, hari terakhir mereka ialah 10 Januari.



Sebilangan kakitangan pula akan tetap bekerja buat jangka masa pendek untuk membantu dalam penutupan akaun dan perkara lain, kata KordaMentha.



Dari sekarang hingga 10 Januari, gedung itu akan terus dibuka dari 11 pagi hingga 8 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >