Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Robot pembuat teh, aneka sajian unik S'pura antara ciri Pusat Penjaja One Punggol

Mar 26, 2023 | 05:30 AM



TEMPAT lapang, gerai makanan halal dan robot membuat teh antara ciri-ciri menarik di Pusat Penjaja One Punggol, pusat penjaja pertama di Punggol.



Dirasmikan pada Sabtu, pusat seluas 2,700 meter persegi itu mempunyai 34 gerai makanan dan 700 tempat duduk.



Acara perasmiannya dihadiri Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, dan penasihat bagi GRC Pasir Ris-Punggol, termasuk Encik Sharael Taha, Dr Janil Puthucheary, Cik Sun Xueling dan Cik Yeo Wan Ling.



Turut hadir ialah bakal CEO Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Encik Wong Kang Jet; Timbalan CEO NEA, Encik Ng Chun Pin; dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Timbre Group, Encik Danny Loong,



Pusat penjaja itu diurus oleh Timbre Group dan antara matlamat utamanya ialah memelihara budaya penjaja sambil menonjolkan hidangan unik Singapura.



Encik Sharael Taha memberitahu Berita Harian beliau amat gembira kemudahan itu dibina untuk penduduk kawasan Punggol, memandangkan ia satu-satunya pusat penjaja dan yang pertama dibina di situ.



"Pusat penjaja ini luas, berangin dengan pengudaraan baik, serta terdapat ciri-ciri menarik seperti barista robot di gerai air.



"Selain itu, di sini terdapat beberapa pilihan gerai makanan halal untuk penduduk Islam di Punggol. Kami bekerja rapat dengan Timbre Group dalam memastikan pusat penjaja ini mempunyai pilihan makanan yang mencukupi untuk semua," kata Encik Sharael.



Menurut beliau, pusat penjaja itu mempunyai lima gerai halal sementara tiga lagi sedang menanti pengesahan sijil halal mereka.



Bagi pemilik gerai RendangNation, Cik Fauziah Isnin, ini gerai pertama beliau di pusat penjaja.



Walaupun sudah mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam perniagaan, gerai itu adalah konsep baru bagi keluarganya.



"Sejauh ini, perniagaan di pusat penjaja ini amat memberangsangkan. Kami menyambut ramai pelanggan dan tidak sabar untuk menantikan pembukaan penuh hab ini," ujar Cik Fauziah, yang berniaga di pusat penjaja itu sejak ia dibuka sekitar empat bulan lalu.



Encik Loong berkata: "Di Timbre Group, kami ghairah mencipta ruang di mana orang ramai boleh berhimpun menikmati makanan, muzik dan masyarakat yang hebat.



"Dengan pelancaran pusat penjaja One Punggol, kami teruja dapat merealisasikan visi ini dengan cara yang merai selera dan budaya Singapura yang unik.



"Kami berharap penduduk akan menggemari pilihan makanan yang pelbagai dan berasa semangat kekitaan di hab masyarakat baru ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >