Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rogol: Lelaki samar sebagai polis dihukum jel 121/2 tahun, rotan 11 kali

Jul 14, 2016 | 08:08 AM



SEORANG bekas pekerja penghantaran piza, yang menyamar sebagai pegawai polis dan merogol seorang gadis berusia 16 tahun selepas menangkap beliau mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, dihukum penjara 121/2 tahun dan sebat 11 kali pada Rabu (13 Jul).



Muhammad Firman Jumali Chew, 30 tahun, didapati bersalah bagi tiga tuduhan rogol, serangan seksual dan menyamar sebagai pegawai polis.



Isterinya dan anak perempuannya yang berusia dua tahun hadir di Mahkamah Tinggi.



Semasa perbicaraan, Firman memberi versi mengenai apa yang berlaku bertentangan daripada yang diberi para saksi pendakwaan.



Dia menunjukkan dirinya sebagai mangsa seksual gadis itu, menuduh seorang lelaki baik hati yang bersemuka dengannya sebagai perosak, dan mendakwa dikasari pegawai polis.



Pesuruhjaya Kehakiman Hoo Sheau Peng menolak versi Firman itu dan berkata ia "benar-benar sukar dipercayai, luar biasa, dan tidak konsisten" dengan hujah bukti dan keterangan objektif saksi-saksi lain. Sebaliknya, keterangan mangsa "jelas, rapi dan konsisten".



Mangsa dan bekas teman lelakinya memberi keterangan bahawa Firman memberitahu mereka dia pegawai polis dan meminta kad pengenalan mereka selepas dia melihat mereka melakukan hubungan seks di Blok 362, Woodlands Avenue 5 pada 9 Okt 2013.



Firman menyuruh remaja lelaki tersebut meninggalkan tempat itu dan kemudian membawa mangsa ke Blok 359, tempat dia merogolnya.



Seorang teknisyen lif yang lewat di situ, Encik Tung Shue Kiong, berkata beliau dapat berasa ada sesuatu tidak kena apabila melihat Firman dan gadis itu.



Selepas mendengar daripada remaja lelaki itu, Encik Tung mencari di lima blok flat dan akhirnya berdepan dengan Firman di pusat tukaran bas Woodlands.



Mangsa membuat laporan polis pada malam itu dan identiti Firman dipastikan melalui air mani pada pakaian gadis tersebut.



Semalam, terdedah bahawa Firman mempunyai rekod kesalahan pecah masuk, mencuri dan mempunyai barang melalui penipuan.



Semasa perbicaraan, Firman mendakwa dia mengekori Encik Tung ke Blok 362 dan melihat beliau berlutut di tangga dan menyentuh kemaluannya semasa mengintip mangsa dan teman lelakinya.



Firman juga mendakwa mangsa yang membawanya ke tangga Blok 359, menurunkan zip seluarnya dan mencabulinya.



Cik Hoo menolak dakwaan Firman terhadap Encik Tung sebagai "tidak berasas" dan berkata dakwaan bahawa dia dikasari pegawai polis "tidak terbukti".



Selepas hukuman dijatuhkan, isteri Firman, Cik Marivic Advincula Manlapaz, 32 tahun, berlinang air mata. Beliau enggan mengulas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >