PERDANA Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat (23 April) mengumumkan perubahan kepada Kabinet, yang akan berkuat kuasa pada 15 Mei ini.

Antara perubahannya, Menteri Pendidikan Lawrence Wong akan mengambil alih jawatan Encik Heng Swee Keat sebagai Menteri Kewangan.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing akan dilantik Menteri Pendidikan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong akan dilantik Menteri Perdagangan dan Perusahaan, dan Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung akan mengambil alih sebagai Menteri Kesihatan.

Sekilas pelantikan baru:

Encik Gan Kim Yong Menteri Perdagangan dan Perusahaan

Encik S Iswaran Menteri Pengangkutan

Encik Chan Chun Sing Menteri Pendidikan

Encik Lawrence Wong Menteri Kewangan

Encik Ong Ye Kung Menteri Kesihatan

Cik Josephine Teo Menteri Perhubungan dan Penerangan

Dr Tan See Leng Menteri Tenaga Manusia