Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rompakan bank StanChart: Suspek mungkin dikenakan tuduhan kastam di Thailand

Feb 10, 2017 | 07:35 AM



SUSPEK perompak bank David James Roach sedang disiasat polis di Thailand bagi kesalahan gagal melaporkan kepada kastam dia membawa lebih AS$20,000 ($28,300) apabila memasuki negara itu Julai lalu (2016).



Pelawat masuk dan keluar Thailand dikehendaki mengisytihar kepada kastam jika mereka membawa lebih AS$20,000 atau yang senilai dengannya.



Perkembangan ini datang tujuh bulan selepas warga Canada itu didakwa merompak cawangan Standard Chartered Bank di Holland Village di Singapura sebanyak $30,000 pada 7 Julai tahun lepas.



Roach, 27 tahun, didakwa menyerahkan juruwang nota dengan permintaannya, kemudian melarikan diri ke Bangkok dengan wang itu pada hari sama.



Tiga hari kemudian, dia ditangkap di sebuah asrama pelawat dan direman di Bangkok sejak itu.



Dia ditemui dengan wang tunai 700,000 baht ($28,300), dan buku nota yang memperincikan rancangnya melarikan diri, termasuk singgah di Chiang Mai di Thailand dan Dubai.



Akhbar Shin Min Daily News melaporkan pada Rabu (9 Feb) Roach, yang telah mendapatkan seorang peguam, sudah dipindahkan dari pusat tahanan imigresen di Bangkok ke sebuah penjara.



Keluarganya telah terbang ke Bangkok dari Canada.



Julai lalu, pihak berkuasa Singapura menulis kepada kerajaan Thai, meminta bantuan menghantar kembali Roach ke Singapura.



Sebulan kemudian, Pejabat Peguam Negara di Bangkok dilaporkan menolak permintaan Singapura. Singapura tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Thailand.



Pihak berkuasa Thai membatal hak Roach tinggal di negara itu selepas Singapura mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.



Bagaimanapun, sebagai pesalah imigresen, dia akan dihantar pulang ke Canada jika tidak boleh diekstradisi.



Namun, Ketua Pengarah Ehwal Antarabangsa di Pejabat Peguam Negara Thailand, Encik Amnat Chotchai, memberitahu Shin Min mereka masih belum menerima sembarang permintaan daripada pihak berkuasa Canada.



Akhbar itu melaporkan siasatan ke atas kesalahan kastam Roach bermula November lalu dan mengambil masa kira-kira 70 hari. Kesnya telah diserahkan kepada pendakwa Thai.



Ketua polis imigresen Thai, Encik Nathathorn Prousoontorn, berkata Roach akan kembali ke pusat tahanan imigresen sebaik sahaja kes kesalahan kastam selesai.



"Polis imigresen kemudian akan mengikut arahan sama ada mengekstradisi dia ke Singapura atau menghantar dia kembali ke Canada," kata Encik Nathathorn.



Jurucakap Jabatan Peguam Negara Singapura berkata: "Pihak berkuasa Singapura kekal berhubungan dengan kerajaan Thailand atas penghantaran balik suspek David James Roach ke Singapura dan penyerahan bukti yang dirampas daripada suspek."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >