Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

RRG Jauhari tahun ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

RRG Jauhari tahun ini

Aug 19, 2014 | 09:34 PM

KUMPULAN Pemulihan Keagamaan (RRG) tadi ditabal sebagai Jauhari Melayu/Islam - sekali gus mencipta sejarah dengan menjadi pertubuhan pertama yang menerima anugerah berprestij itu.

Pengerusi bersama RRG - Ustaz Ali Haji Mohamed dan Ustaz Mohamad Hasbi Hassan - menerima Anugerah Jauhari yang disampaikan Berita Harian (BH) itu daripada tetamu terhormat, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu majlis di Hotel Shangri-La.

RRG dibentuk lebih sedekad lalu untuk memberi kaunseling kepada tahanan Jemaah Islamiyah (JI) yang telah merancang serangan bom ke atas beberapa sasaran strategik di sini.

Dianggotai lebih 30 asatizah setempat, kumpulan itu juga menyediakan sokongan kepada keuarga tahanan tersebut di samping aktif mendekati kededua masyarakat Islam dan bukan Islam menerusi seminar, forum dan penerbitan.

Kumpulan itu juga mempunyai laman web dan baru-baru ini melancarkan pusat sumbernya di Masjid Khadijah.

Kerja pemulihan dan usaha kumpulan itu memerangi ideologi ekstremis sambil menyerlahkan nilai-nilai sejati Islam mendapat perhatian dunia, dan para relawan RRG sering diundang berkongsi pengalaman di sidang antarabangsa.

Anugerah Jauhari, yang disampaikan buat tahun ke-16, mengiktiraf pencapaian dan sumbangan cemerlang anggota masyarakat Melayu/Islam dalam pelbagai bidang.

Buat julung-julung kalinya tahun ini, anugerah tersebut dibuka kepada sebuah badan Melayu/Islam setempat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3