Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RSAF, SAF bantu mangsa banjir Aust

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



ANGKATAN Udara Republik Singapura (RSAF) mengerahkan dua helikopter Chinook (CH-47F) untuk membantu mangsa banjir di Queensland dan New South Wales di Australia.



Helikopter yang berada di detasmen Oakey di Pusat Latihan Penerbangan Angkatan Tentera Australia di Queensland itu akan memberikan sokongan kepada usaha Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Pasukan Pertahanan Australia (ADF).



Helikopter itu mula operasi semalam dan mengambil kakitangan dan bekalan kecemasan untuk diberikan kepada orang awam yang terjejas akibat banjir di Queensland dan New South Wales, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan semalam.



ADF juga menerima tawaran pakej bantuan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang mengandungi khemah, selimut, makanan segera, air dan bekalan perubatan.



Pakej itu dihantar dari Singapura menerusi pesawat RSAF C-130 dan RSAF A330 semalam, kata Mindef.



Mengulas dalam catatannya di Facebook semalam, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata ADF menerima tawaran SAF dalam gerakan membantu mangsa banjir.



"Helikopter itu berguna untuk mengambil kakitangan dan menghantar bekalan yang sangat diperlukan.



"Australia telah menyokong latihan SAF selama beberapa dekad. Wajar bagi kita membatu saudara yang memerlukan bantuan ketika waktu sebegini," kata Dr Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >