Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RTS JB-S’pura 50% siap di sebelah S’pura: Iswaran

May 11, 2023 | 07:45 PM



JOHOR BAHRU: Kerja pembinaan Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura sudah 50 peratus siap di sebelah Singapura dan dijangka beroperasi menjelang hujung 2026 seperti yang dijadualkan.


Detik penting seterusnya dalam projek itu adalah penggabungan tunggak jejambat atas laut di pertengahan laluan itu – yang bakal ditinjau Perdana Menteri kededua negara menjelang awal 2024.


Perkembangan projek RTS itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Encik Anthony Loke, semasa lawatan ke tapak pembinaan projek itu di Johor Bahru pada Khamis.


Dalam sidang akhbar, Encik Iswaran berkata laluan RTS satu projek dua hala sangat penting kerana ia bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan di Koswe dan memperbaiki penghubungan antara Singapura dengan Johor, tetapi lebih penting lagi ialah bagaimana ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara dan rakyatnya.


Encik Loke dalam ucapannya berkata hingga 30 April, 36 peratus pembinaan prasarana bagi projek itu secara keseluruhan telah selesai di sebelah Malaysia.


“RTS akan menawarkan banyak kemudahan kepada ramai keluarga dari kedua-dua negara, yang mana saya mempunyai motivasi tinggi untuk menjadikan projek ini satu keutamaan tinggi,” katanya.


Khidmat RTS sepanjang 4 kilometer itu akan menawarkan perjalanan ulang alik antara stesen Woodlands North dengan stesen Bukit Chagar yang mengambil masa sekitar lima minit setiap perjalanan.


Ia berupaya menampung sehingga 10,000 penumpang sejam setiap hala dan dihubungkan dengan pusat pemeriksaan dan imigresen Woodlands.


Semasa lawatan sehari itu, kedua-dua menteri itu juga telah membincangkan tentang langkah bagi mengurangkan kesesakan di sempadan darat Singapura-Malaysia.


Mereka juga telah bertemu dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dalam satu acara Rumah Terbuka Hari Raya terdahulu anjuran MRT Corp – pemaju dan pemilik projek RTS itu.


Menjawab pertanyaan media, Encik Loke berkata pihaknya sedang berusaha mencari huraian bagi mengurangkan kesesakan dan memastikan semua laluan imigresen dibuka pada waktu sibuk.


Topik mengenai penyambungan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura turut dibincangkan.


Encik Loke berkata pihaknya sentiasa terbuka kepada usulan dari pihak swasta bagi mengendalikan projek itu.


Encik Iswaran menambah: “Singapura sentiasa bersedia untuk mengkaji sebarang usulan dari Malaysia tentang bagaimana projek HSR dapat disambung semula.”


Kedua-dua pihak turut terbuka dengan rancangan menyediakan antara lain khidmat pengangkutan alternatif seperti feri antara Singapura dengan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >