Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BANGUNKAN SEMANGAT SINGAPURA BARU

Ruang acara baru di Joo Chiat Complex

Projek di bawah Jalur Budaya Geylang Serai turut bina gerbang sambut pengunjung
Aug 20, 2023 | 09:23 PM



Menjelang 2024, ruang di bawah bangunan Joo Chiat Complex yang baru akan bertukar menjadi sebuah ruang acara, umum Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Dinamakan Plaza Perayaan, ruang di pintu masuk pusat beli-belah itu akan diubah suai dengan sebuah kanopi kaca dan boleh digunakan untuk menganjurkan acara awam dan kegiatan kebudayaan.

Ruang baru itu, di samping kerja naik taraf lain, dijangka merancakkan dan memeriahkan lagi kawasan Geylang Serai, tambah Encik Lee.

Encik Lee berkata demikian pada Ahad ketika berkongsi kemajuan kemas kini projek Jalur Budaya Geylang Serai dalam ucapan bahasa Melayunya di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2023.

Projek itu kali pertama diumumkan Encik Lee pada Rapat Umum Hari Kebangsaan lima tahun lalu.

Ia bertujuan untuk mempertingkat kawasan Geylang Serai dan meraikan sejarah, budaya dan warisan masyarakat Melayu.

Selain Joo Chiat Complex, Encik Lee pada Ahad juga mengumumkan bahawa Pasar Geylang Serai akan turut menjalani kerja ubah suai tidak lama lagi.

Bahagian depan dan kawasan sekitar pasar itu, yang termasuk laluan pejalan kaki dan ruang awam, akan dipertingkat untuk meningkatkan pengalaman pejalan kaki agar lebih menarik, katanya.

Sebuah gerbang, yang diilhamkan daripada bumbung atap rumah tradisional Melayu, di simpang utama Geylang Serai – antara Geylang Road dan Joo Chiat Road – akan juga menyambut pengunjung pada masa akan datang.

Kerja ubah suai ini juga dijangka siap tahun depan.

Encik Lee berkata Geylang Serai adalah hab kebudayaan negara yang penting, “bukan sahaja buat masyarakat Melayu bahkan buat semua rakyat Singapura dan juga pelancong.”

“Semua ini, termasuk beraneka program kebudayaan, akan menjadikan Geylang Serai lebih rancak dan bertenaga untuk dinikmati pengunjung, baik tua mahupun muda,” tambah beliau.

Beberapa bahagian projek Jalur Budaya Geylang Serai telah pun siap dan kini menjadi ruang penting untuk masyarakat Melayu, kata Encik Lee.

Sejak dibuka pada 2019, Wisma Geylang Serai berjaya menarik jutaan pengunjung secara fizikal dan dalam talian dan telah menjadi “nadi kegiatan budaya Melayu”.

Ruang masyarakat Anjung di WGS, yang dibuka secara rasmi pada 2022, kini menjadi “hab untuk kegiatan sukan dan kemasyarakatan,” tambah beliau.

Ia sejauh ini telah menjadi hos kepada lebih 100,000 peserta dan pengunjung.

Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Pengerusi Jalur Budaya Geylang Serai, berkata:

“Jika kita lihat proses Jalur Budaya Geylang Serai, ia memaparkan kesediaan masyarakat kita untuk maju ke hadapan.

“Ia menunjukkan semangat kekentalan kita selepas kita menghadapi Covid-19 – bagaimana kita bersedia walaupun dalam keadaan Covid-19 dan bekerja keras untuk membangunkan Anjung dan melihat apakah aspek-aspek pembaharuan yang dapat kita beri pada Jalur Budaya Geylang Serai.”

Dr Maliki menambah bahawa projek itu bukan hanya merangkumi pembangunan infrastruktur sahajanya, bahkan menjanjikan program kebudayaan dan warisan. – Laporan tambahan Harith Mustaffa




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >