Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERDEBATAN KERTAS PUTIH BAGI PEMBANGUNAN WANITA

Ruang rai semangat wanita di Dhoby Ghaut

Apr 06, 2022 | 05:30 AM



RUANG terbuka berdekatan kawasan Istana, Dhoby Ghaut Green, akan diperuntukkan bagi membina taman awam bagi meraikan semangat wanita Singapura.



Mengumumkan perkara tersebut, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pemerintah akan bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat dan anggota awam secara meluas untuk mereka dan membina taman tersebut.



Langkah membina taman tersebut merupakan salah satu pelan tindakan yang telah dilakarkan dalam Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura.



"Ini masa yang tepat dan sesuai untuk mempertimbang cara yang bermakna untuk mencerminkan kepentingan berterusan pembangunan wanita Singapura dalam masyarakat kita," kata Encik Masagos.



Beliau turut menambah bahawa Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melancarkan pameran "Raikan Wanita Singapura" pada 22 April yang dijangka meraikan usaha mencapai pembangunan wanita.



Pameran itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai pelan-pelan tindakan yang telah dibentangkan dalam Kertas Putih itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >