Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Ruang solat Jumaat akan tambah 60% jika langkah urus selamat dilonggar

Mar 02, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) menganggarkan ruang solat Jumaat akan meningkat sekitar 60 peratus, selain peningkatan had kapasiti bagi kegiatan keagamaan lain di masjid, apabila langkah pengurusan selamat (SMM) dilonggarkan.



Ini bermakna seramai sekitar 100,000 jemaah boleh menunaikan kewajipan agama dan menyertai kegiatan keagamaan setiap minggu.



Demikian dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam kepada soalan oleh Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).



Encik Zhulkarnain telah bertanyakan tentang bagaimana SMM yang disemak menjejas kegiataan keagamaan dan solat di masjid, termasuk had dan sesi bagi solat fardu dan Jumaat, memandangkan bulan Ramadan yang kian menjelang.



"Muis mengalu-alukan pengumuman Pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF), mengenai pelonggaran lanjut SMM dalam masa mendatang ini.



"Muis sedang bekerjasama rapat dengan masjid untuk persediaan pelaksanaan SMM.



"Seperti masyarakat lain, Muis berharap keadaan Covid-19 akan pulih segera supaya langkah pelonggaran dapat dilaksanakan tepat pada masanya untuk Ramadan yang bermula pada 3 April ini," kata Encik Masagos.




"Muis sedang bekerjasama rapat dengan masjid untuk persediaan pelaksanaan SMM. Seperti masyarakat lain, Muis berharap keadaan Covid-19 akan pulih segera supaya langkah pelonggaran dapat dilaksanakan tepat pada masanya untuk Ramadan yang bermula pada 3 April ini."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >