Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rugi $7.4b MAS dek kesan mata wang, tidak jejas belanjawan pemerintah

DPM Wong: Tiada kesan ke atas pulangan pelaburan bersih MAS, GIC dan Temasek
MAS
Aug 02, 2022 | 05:30 AM



PARLIMEN



KERUGIAN sebanyak $7.4 bilion yang ditanggung Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada tahun kewangan 2021 dan 2022 adalah disebabkan 'kesan penukaran mata wang' dan tidak relevan kepada prestasi pelaburan bank pusat itu, yang diukur oleh mata wang asing, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Beliau, yang juga timbalan pengerusi MAS, turut berkata bahawa kerugian itu tidak mempunyai kesan ke atas kuasa beli antarabangsa bagi rizab asing rasmi (OFR) MAS mahupun dasar kewangannya.



Encik Wong berkata demikian bagi menjawab soalan para Anggota Parlimen (AP) mengenai kesan kerugian bersih MAS terhadap kedudukan belanjawan pemerintah.



Beliau berkata walaupun MAS mencatat keuntungan pelaburan bagi OFR, ini terjejas oleh kesan penukaran mata wang negatif sebanyak $8.7 bilion ekoran nilai dolar Singapura yang lebih kukuh hasil daripada langkah MAS mengetatkan dasar kewangannya.



Ini tidak mempunyai implikasi terhadap kuasa beli antarabangsa bagi OFR, ujar Encik Wong.



"Sebenarnya, memandangkan tujuan OFR ialah melindungi kuasa beli antarabangsa dolar Singapura, nilai mata wang asing, dan bukan nilai dolar Singapura, OFR, yang penting," ujar beliau.



Menurut Encik Wong lagi, kerugian bersih MAS juga tidak mempunyai impak ke atas pulangan pelaburan bersih Singapura (NIR), iaitu pulangan daripda aset bersih yang dilabur oleh MAS, GIC dan Temasek.



Memandangkan NIR adalah berdasarkan pulangan yang dijangka pada jangka panjang bagi tiga entiti pelaburan itu, ia tidak terjejas oleh prestasi jangka pendeknya, jelas Encik Wong.



Maka itu, kerugian bersih MAS tidak mempunyai kesan ke atas NIR, yang boleh dimanfaatkan pemerintah.



Mengenai sumbangan MAS kepada pemerintah dari sudut cukai pendapatan korporat, Encik Wong berkata sumbangan bank pusat itu dibayar dalam jumlah yang sama sepanjang tempoh tiga tahun.



Ini dilakukan sejak tahun kewangan 2019, apabila pemerintah mengambil langkah melancarkan ketidaktentuan pendapatan.



"Ini bermakna meskipun MAS mencatatkan kerugian bersih bagi tahun kewangan 2021 dan 2022, pemerintah telah menerima $1.1 bilion daripada MAS berdasarkan sumbangan terakru bagi dua tahun kewangan lalu apabila MAS mencatat keuntungan bersih," terang beliau.



Encik Wong menambah bahawa pulangan pelaburan lazimnya tidak menentu, mencerminkan keadaan pasaran.



"Pemerintah telah mengambil langkah bagi memastikan ketidaktentuan ini tidak menjejas Belanjawan kita.



"Adalah tidak bertanggungjawab dan tidak tidak berhati-hati jika kita bergantung pada lebihan besar pada mana-mana tahun bagi membiayai keperluan pembelanjaan berstruktur kita yang semakin meningkat," ujar Encik Wong.




"Sebenarnya, memandangkan tujuan OFR ialah melindungi kuasa beli antarabangsa dolar Singapura, nilai mata wang asing, dan bukan nilai dolar Singapura, OFR, yang penting.



"...meskipun MAS mencatat kerugian bersih bagi tahun kewangan 2021 dan 2022, pemerintah telah menerima $1.1 bilion daripada MAS berdasarkan sumbangan terakru bagi dua tahun kewangan lalu apabila MAS mencatat keuntungan bersih."



- Encik Lawrence Wong, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, menjelaskan kerugian MAS tidak menjejas kuasa beli antarabangsa OFR Singapura mahupun sumbangannya kepada pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >