Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI S'PURA

Rumah Jagaan Ren Ci hanya benarkan penghuni hubungi keluarga melalui panggilan video

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



RUMAH Jagaan Ren Ci kini hanya akan membenarkan anggota keluarga penghuni untuk berkomunikasi melalui panggilan video selepas kelompok baru dengan 28 kes dikesan di rumah jagaan tersebut.



Ini sementara semua kunjungan fizikal ke rumah jagaan dihentikan buat tempoh sebulan sejak kelmarin sebagai langkah tambahan untuk mengawal penularan Covid-19.



Ini menyusuli kemunculan kes jangkitan yang semakin meningkat di kalangan kakitangan, pelanggan dan penghuni rumah jagaan warga emas.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya baru-baru ini, langkah tersebut yang akan berkuat kuasa sehingga 11 Oktober akan memberikan ruang supaya lebih ramai warga emas untuk divaksin dan agar program suntikan penggalak atau 'booster' dapat dijalankan bagi penghuni.



"Kami juga akan memperkukuh rejim ujian bagi kededua kakitangan dan penghuni/pelanggan prasarana jagaan warga emas, dan akan menggunakan ujian rapid antigen dengan lebih kerap bagi melengkapi ujian pemantauan di tempat tersebut," menurut MOH.



Tambahnya, sebanyak 42 kes dikesan di sebanyak 18 prasarana atau penyedia khidmat jagaan warga emas dalam tempoh dua minggu lalu. Kelompok baru dengan 28 kes yang dikesan di rumah jagaan Ren Ci di Bukit Batok kelmarin, terdiri daripada 20 penghuni dan lapan kakitangan.



Kesemua kakitangan dan penghuni lain di tingkat yang sama disahkan negatif sejauh ini, kata MOH.



"Dengan jumlah kes yang dijangka meningkat dalam minggu-minggu akan datang, kita perlu mengambil tindakan lanjut supaya warga emas yang lebih terdedah dapat dilindungi dalam persekitaran tersebut," kata MOH.



Kementerian itu akan menilai situasi dalam tempoh minggu-minggu akan datang dan menyemak langkah sekatan pengunjung itu mengikut keperluan.



Dalam pada itu, MOH menggalakkan anggota keluarga penghuni rumah jagaan warga emas yang belum divaksin agar memberi sokongan dan galakan kepada mereka untuk menerima vaksin itu.



"Warga emas yang belum divaksin boleh mengalami penyakit teruk jika dijangkiti. Penting juga untuk warga emas yang sudah divaksin untuk mendapatkan suntikan penggalak apabila ia tersedia, bagi memastikan tahap imuniti dan perlindungan yang lebih tinggi daripada penyakit teruk," kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >