Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah kini berseri-seri dengan bantuan penghuni Darul Islah

Dec 23, 2022 | 05:30 AM



SELAMA lima hari, lima penghuni dan seorang alumni daripada Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah), bertungkus lumus memberi nafas baru ke atas rumah pasangan warga emas di Blok 701B Yishun Ring Road.



Sempena perayaan Krismas ini, kumpulan relawan itu itu telah membersih, mengecat, menghias dan memasang peralatan elektrik di unit dua bilik itu yang didiami Encik Robert Patrick Larence, 74 tahun, dan isterinya, Cik Anthony Josephine, 71 tahun.



Usaha ini merupakan program jangkauan masyarakat menerusi Project Happiness, yang bertujuan menyebarkan kebahagiaan kepada golongan berpendapatan rendah sempena musim perayaan.



Dalam pada itu, ia juga merupakan usaha tetap bagi penghuni Darul Islah untuk mendekati masyarakat, selain peluang untuk mereka menyumbang semula dan membantu penduduk.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, turut hadir semasa rumah itu diserahkan semula kepada pemiliknya semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >