Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah terbuka SingPost sempena 165 tahun khidmat pos

Jun 01, 2023 | 08:02 PM



SEMPENA sambutan ulang tahun ke-165 perkhidmatan pos di Singapura dan warisan perkhidmatan pos nasional, Singapore Post (SingPost) telah menganjurkan rumah terbuka untuk berkongsi operasi di sebalik tabir penghantaran surat.

Berlangsung dari 1 hingga 4 Jun, dari 11 pagi hingga 8 malam, rumah terbuka itu terletak di atrium aras satu SingPost Centre.

Ia dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.

Rumah terbuka itu menampilkan pelbagai aktiviti karnival yang sesuai untuk keluarga di mana peserta boleh ‘bekerja’ sebagai pekerja pos.

Aktiviti tersebut terdiri daripada lima stesen, masing-masing menonjolkan aspek berbeza dalam kehidupan seharian pekerja pos semasa memproses atau menghantar surat.

Ini termasuk menyusun longgokan bungkusan ke dalam karung penghantaran mengikut kod kawasan, memasukkan bungkusan ke dalam karton dan menimbang bungkusan.

Rumah terbuka itu juga menampilkan panel pameran yang mempamerkan warisan SingPost, serta koleksi setem pos vintaj yang tidak lagi dibuat.

Orang ramai juga boleh menyertai lawatan ke kemudahan pemprosesan surat percuma selama 30 minit untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara surat sampai di peti surat mereka.

Peserta boleh mengetahui cara surat dihantar daripada pengirim kepada penerima dan melihat cara pekerja pos mengasingkan bungkusan untuk setiap kawasan kediaman.

Mereka yang berminat boleh mendaftar untuk lawatan tersebut melalui pautan ini: https://165.singpost.com/facilitytour

Mengulas mengenai acara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SingPost Singapura, Cik Neo Su Yin, berkata: “Kami amat berbangga untuk memperingati 165 tahun perkhidmatan pos negara kita, kemajuannya yang luar biasa dan pencapaian SingPost selama ini.

“SingPost telah membuat kemajuan teknologi dan inovasi, serta berusaha dalam perjalanan transformasi kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang.

Rumah terbuka itu turut menampilkan dua gerai yang disampaikan oleh rakan kongsi strategik SingPost, HSBC Life dan Pejabat Digital SG (SDO) Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Gerai SDO akan membolehkan peserta mengambil kuiz Pemeriksaan Kesihatan Digital dan mempelajari cara untuk kekal selamat dalam talian seperti dengan mencipta kata laluan yang kukuh.

SingPost juga akan melancarkan lebih banyak aktiviti dalam beberapa bulan akan datang yang boleh dinantikan oleh orang ramai. Menjelang Oktober, SingPost akan menganjurkan acara masyarakat sebagai sebahagian daripada sambutan 165 tahun perkhidmatan pos di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >