Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Rumit jadikan vaksin Covid-19 wajib di S'pura: Janil

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



MEWAJIBKAN vaksinasi Covid-19 adalah satu isu yang perlu dipertimbang dengan teliti, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen semalam.



Beliau juga berkata melakukan itu juga amat sukar dari segi pelaksanaannya.



Dr Janil berkata demikian semasa menjawab soalan apakah vaksinasi boleh dijadikan wajib memandangkan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 sekarang telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).



Beberapa faktor perlu dipertimbangkan, termasuk liputan vaksin, amalan antarabangsa dan ketersediaan serta prestasi vaksin Covid-19 yang didaftar sepenuhnya, ujar beliau.



Pengawasan, pelaksanaan dan penguatkuasaan vaksinasi wajib adalah sesuatu yang mencabar, tambah Dr Janil.



"Ia juga agak sukar dari segi pelaksanaan. Misalnya bagi vaksin kanak-kanak, anda boleh katakan, anda tidak boleh mendapat akses kepada sesetengah persekitaran sekolah atau playgroup.



"Ada sesuatu yang khusus anda perlu laksanakan, justeru anda mengambil vaksin tersebut. Tetapi ini melibatkan kesemua aktiviti kehidupan biasa.



"Justeru pasti ada cabaran dalam melaksanakannya dan persoalannya berapa manfaat yang dapat diraih?" kata beliau.



Walaupun ia adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan, pelbagai komplikasi dikaitkan dengannya, kata Dr Puthucheary lagi.



"Saya fikir ia sesuatu yang boleh dipertimbang, tetapi terdapat banyak komplikasi yang berkaitan dengannya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >