Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura azam guna kuasa suria penuhi 10% keperluan elektrik pada 2030

Oct 29, 2019 | 09:38 AM



SINGAPURA berhasrat menambah keupayaannya dalam kuasa suria dan menetap sasaran menggunakan sumber tenaga ini untuk memenuhi sekitar 10 peratus tenaga elektrik yang diperlukan pada 2030. 



Ia sebahagian strategi lebih luas untuk menghasilkan dan menggunakan tenaga yang lebih bersih, lebih dimampui dan lebih andal, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.



Rancangan ini bermakna ia perlu berkeupayaan menghasilkan sekurang-kurangnya dua gigaWatt puncak (GWp) kuasa suria setiap hari - yang memadai untuk memenuhi keperluan tenaga elektrik 350,000 keluarga selama setahun.



Buat msa ini, Singapura mempunyai keupayaan untuk menjana 260 MegaWatt puncak (MWp) kuasa suria, sekitar tujuh ganda lebih rendah daripada sasaran baru itu. 



Kurang satu peratus tenaga elektrik yang digunakan di Singapura pada masa ini bersumber dari kuasa suria, dengan 95 peratus tenaga elektrik dijana melalui gas asli atau natural gas.



Namun, Encik Chan, dalam ucapannya di Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) 2019 pada Selasa (29 Oktober), berkata Singapura menjangka mencapai matlamat menghasilkan 350 megaWatt puncak (MWp) kuasa elektrik pada 2020. 



Dari sudut pandang mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan api karbon untuk menghasilkan tenaga, kata Encik Chan, Singapura  mempunyai pilihan sumber tenaga alternatif yang terhad dan berdepan cabaran genting dalam usaha menangani perubahan iklim. 



Justeru, ia perlu menggunakan imaginasi dan bertekad untuk mencapai yang mustahil untuk mengatasi cabaran-cabaran itu.



“Cabaran terbesar bagi Singapura, dalam 50 tahun akan datang, ialah  berhubung tenaga (elektrik). Bagaimanakan kita mencapai masa depan di mana tenaga kita lebih bersih, lebih dimampui dan lebih andal? Masa depan di mana tenaga dihasilkan dan digunakan secara berkesan?” kata Encik Chan.



“Jawapannya ialah menguruskan bekalan dan permintaan (bagi tenaga elektrik). Dari sudut pembekalan,  strategi Empat Suis iaitu gas asli, suria grid kuasa elektrik serantau dan pilihan rendah-karbon, akan membimbing dan mengubah kisah tenaga kita bagi 50 tahun akan datang. Dari sudut permintaan, mempertingkat keberkesanan tenaga elektrik yang kita gunakan adalah kunci (menyahut cabaran tenaga),” tambah beliau lagi.



SIEW 2019 menghimpunkan puluhan tokoh akademik dan pakar tenaga dari serata dunia untuk berbincang tentang tenaga dan cabaran memenuhi permintaan dunia yang meningkat berlatar perubahan iklim.



Ia berlangsung sepanjang minggu ini dan dijadual berakhir pada 1 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >