Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura catat 555 kes Covid-19, termasuk lima kes import

Sep 12, 2021 | 12:58 AM



SINGAPURA mencatat sejumlah 555 kes Covid-19 baru pada Sabtu (11 Sep), termasuk 486 kes dalam masyarakat  dan 64 penghuni asrama pekerja asing. Lima lagi adalah kes import.

Daripada kes baru itu, 66 kes merupakan kelompok Chinatown Complex, dengan 63 kes bekerja di situ.

Mereka termasuk 58 pengendali gerai dan pembantu gerai, empat pekerja pembersihan dan seorang duta jarak selamat.





Baki tiga adalah anggota isi  rumah yang ada kaitan  dengan kes jangkitan di situ.

Semua kakitangan yang bekerja di Chinatown Complex sedang diuji bagi Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Untuk mengawal penularan dalam kelompok itu  dengan pantas, orang ramai yang telah pergi ke kompleks itu dan mendaftar dengan  SafeEntry antara  8 September dengan  11 September akan diberi  Amaran  Risiko Kesihatan.

Mereka sangat digalak menjalani ujian Covid-19 secepat mungkin.





Selain itu,  antara jangkitan baru pada  Sabtu termasuk  tiga kes tambahan bagi kelompok PCF Sparkletots Braddell Heights, menjadikan jumlah keseluruhan kepada  22.

MOH melaporkan penularan dalam  kalangan murid di kelas sama, dengan penularan lanjut pada isi rumah.

Sementara itu, terdapat  31 kes baru yang dikaitkan dengan kelompok  kakitangan di enam pusat tukaran bas di Punggol, Toa Payoh, Tampines, Boon Lay, Clementi dan Jurong East.

Jumlah keseluruhan kes di pusat tukaran bas meningkat kepada  606.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >