Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura lapor 9 lagi kematian Covid-19, menjadikan jumlah korban kepada 162, dan 2,809 kes baru

Oct 11, 2021 | 12:14 AM



SEMBILAN warga emas  berusia antara 70 dengan  88 tahun meninggal dunia akibat komplikasi  berkaitan Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada  Ahad (10 Okt).

 Ini menjadikan angka kematian di Singapura mencapai  162 orang.

Mangsa terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita, semuanya warga Singapura. Empat  tidak divaksinasi, tiga menerima vaksin sebahagiannya dan dua mendapat vaksin sepenuhnya.





Semua mempunyai isu kesihatan masing-masing, kata MOH dalam kemas kini hariannya, tanpa memberi perincian. Kes kematian pada Ahad menandakan hari ke-21 berturut-turut kematian akibat Covid-19 dilaporkan.

MOH juga melaporkan sejumlah 2,809 jangkitan Covid-19 baru, 894 kes lebih rendah  berbanding  Sabtu (9 Okt). Bilangan itu merangkumi 2,176 kes baru dalam  masyarakat, 631 di asrama pekerja hijrahan dan dua kes  diimport.





Angka jangkitan baru harian  di Singapura merosot buat kali  pertama  setelah melebihi  3,000 selama lima hari berturut-turut.

Kejatuhan jumlah kes yang dilaporkan pada  Ahad mungkin disebabkan pengurangan ujian Covid-19  yang dilakukan pada hujung minggu di klinik dan poliklinik, dan  bukan petanda  wabak semakin menurun.

Kes tempatan merangkumi 449 orang yang berumur 60 tahun ke atas. Kes  Ahad menjadikan jumlah jangkitan baru di Singapura mencapai  126,966.

Sehingga Ahad tengah hari, 1,613 pesakit berada di hospital, 44 lebih tinggi berbanding  Sabtu. Seramai 292 orang memerlukan sokongan oksigen dan 41 orang berada di ICU.

Terdapat 15,837 orang dalam pemulihan rumah, 2,941 di kemudahan rawatan masyarakat dan 350 di kemudahan rawatan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >